Saturday, January 31, 2009

HELEN KELLER

SIAPA HELEN KELLER?

Helen sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal. Di sebuah pekan kecil di selatan Tuscumbia, Alabama, salah satu 'keajaiban dunia' telah berlaku di sana. Ia bermula pada satu hari yang cerah dalam musim bunga pada tahun 1887. Gumpalan awan putih indah menghiasi langit yang kebiruan dan kelihatan burung-burung berterbangan sambil hinggap di pokok-pokok oak dan mapel.
Bunga-bunga pelbagai warna pula berguguran ke tanah sekali gus menghiasi kawasan sekitarnya. Namun kesemua itu tidak dapat dilihat dan didengari oleh seorang gadis manis yang berusia tujuh tahun. Berdiri di sebelah gadis bernama Helen Adams Keller yang buta dan pekak sepenuhnya itu, adalah seorang wanita muda, Anne Mansfield Sullivan.
Sullivan kemudian mengambil air sejuk dan diletakkan ke dalam salah satu tangan gadis tersebut sambil berulang-ulang menyebut kod abjad mengandungi lima huruf secara perlahan-lahan. Keadaan itu berterusan di mana Helen dengan cermat dan teliti berusaha untuk memecahkan dunianya yang penuh kesunyian.
Tiba-tiba, satu isyarat melintas di dalam kepala Helen yang menyedari bahawa ia membawa satu makna. Dia kemudian mengetahui bahawa ejaan 'w-a-t-e-r' yang disebut oleh Sullivan ialah sesuatu yang sejuk yang mengalir di tangannya. 'Kegelapan' mula cair di fikirannya seperti ais pada bulan Mac yang penuh cerah itu. Menjelang senja, Helen telah pun mempelajari 30 perkataan.
Sejak itu bermulalah dunia baru Helen yang mahu membuktikan keupayaan dirinya meskipun dia buta dan cacat. Bagi sesiapa yang tidak mengenali Helen, dia merupakan seorang penulis, aktivis dan pensyarah yang terkenal di Amerika Syarikat (AS). Helen juga adalah orang buta pertama yang berjaya menamatkan pengajian di kolej. Dia sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita buta dan pekak yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal.
Helen kemudian telah mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk memperbaiki keadaan orang buta dan pekak di seluruh dunia dengan menyampaikan syarahan berbentuk motivasi. Di mana sahaja dia muncul, Helen berjaya membawa keberanian dan semangat baru kepada jutaan orang buta di seluruh dunia. Gurunya, Sullivan pula dikenang sebagai Miracle Worker kerana semangatnya dan usahanya.
Menyelusuri lembaran kehidupan wanita ikonik ini, Helen dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan sihat pada tanggal 27 Jun 1880 di sebuah pekan kecil di Tuscumbia, Alabama. Helen merupakan anak kepada Kapten Arthur H. Keller, bekas pegawai Confederate Army dan pasangannya, Kate Adams Keller, sepupu kepada Robert E. Lee dan anak perempuan Charles W. Adams, bekas jeneral Confederate.
Bagaimanapun, derita Helen bermula ketika dia berusia 19 bulan selepas diserang pelbagai penyakit sehingga menyebabkan bayi comel tersebut buta dan pekak sepenuhnya. Pada usia enam tahun, Helen dibawa berjumpa Dr. Alexander Graham Bell oleh kedua ibu bapanya. Disebabkan lawatan itu, Helen kemudian bertemu dengan Sullivan pada 3 Mac 1887. Sullivan sejak itu mula mendampingi Helen setelah menyedari gadis kecil tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bertindak sebagai guru kepada Helen, Sullivan ternyata berjaya dalam tugasannya. Menjelang bulan Ogos, iaitu dalam masa enam bulan, Helen telah dapat mempelajari dan mengetahui 625 perkataan. Pada tahun 1888 Helen menghadiri kelas Royal Institue For the Blind. Enam tahun kemudian, Helen dan Sullivan berhijrah ke New York bagi meneruskan persekolahan di Wright-Humason School for the Deaf dan Horace Mann School for the Deaf.
Pada tahun 1896 pula, mereka kembali ke Massachusetts dan Helen memasuki The Cambridge School for Young Ladies sebelum diterima melanjutkan pengajian di Radcliffe College pada tahun 1900. Pada usia 24 tahun, Helen berjaya menamatkan pengajiannya dari Radcliffe College pada 1904 sekali gus menjadi orang buta dan pekak pertama meraih ijazah dalam jurusan Bachelor of Arts.
Selepas menamatkan pengajiannya, Helen mula menjadi penceramah dan mengembara di seluruh dunia bersama Sullivan bagi memberi syarahan dan membantu golongan pekak serta buta keluar daripada kepompong permasalahan mereka. Selain itu, Helen turut menjadi penulis dan menerbitkan sebuah buku autobiografi bertajuk The Story of My Life.
Secara keseluruhan, Helen telah menulis 12 buah buku sepanjang hayatnya. Antaranya bertajuk The World I Live In (1908), Out of the Dark (1913), My Religion (1927) dan Light in My Darkness. Mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai wanita berjaya, Helen menubuhkan Helen Keller International, sebuah pertubuhan untuk melindungi golongan buta pada tahun 1915. Sementara pada tahun 1920, dia membantu menubuhkan American Civil Liberties Union (ACLU).
Bagaimanapun pada tahun 1961, Helen mengalami beberapa siri serangan strok dan ini menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa di rumahnya untuk berehat dan menerima rawatan. Sebagai menghargai jasa-jasanya, pada 14 September 1964 Presiden Lyndon B. Johnson telah menganugerahkan Helen, pingat Presidential Medal of Freedom, salah satu pengiktirafan tertinggi AS terhadap orang awam. Pada 1965 pula, Helen dipilih sebagai Women's Hall of Fame di New York World's Fair. Helen telah mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mencari dana bagi American Foundation for The Blind.
Setelah mengharungi kehidupan di dunia dengan penuh sabar dan tabah, Helen akhirnya meninggal dunia sewaktu dalam tidur pada 1 Jun 1968 di Arcan Ridge berhampiran Westport, Connecticut. Helen dikebumikan di National Cathedral di Washington bersebelahan makam guru dan teman sejatinya, Sullivan.

Wednesday, January 28, 2009

MY LYRICS

RIGHT HERE WAITING - Richard Marx

Oceans apart day after day and I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never, how can we say forever

#Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I took for granted, all the times
That I though would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now
Oh, can't you see it baby, you've got me goin' crazy
#Wherever you...

I wonder how we can survive this romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance
Oh, can't you see it babyYou've got me goin' crazy
#Wherever you...

Monday, January 26, 2009

JALAN2 BALIK KAMPUNG

kakak dan abe kat depan kompleks imegresen yang hampir siap
hah...kat belakang tu dah sempadan Malaysia/Thailand

Fakhira, Harriz , Hannis, Aku dan HB kat Durian Burung


Fakhira n Harraz yang exited nak datang sini..huhuhu



Fariha sorang tak posing kat ujung sempadan ni...mogok nak beli ais kerim
Jam dah 9.30 malam bertolak balik ke Kedah, penat pergi kenduri kat K.Kangsar rasanya belum habis lagi. Sampai je Alor Star, anak-anak dah merungut lapar lagi...singgah makan lagi.... sampai kat kampung dah jam 1 pagi. Belum sempat sapu habis lagi rumah, tengok anak2 dah tertido..siannya.....Petang semalam pas pergi umah kakak HB yang sakit tu, kakak n abang exited sangat ajak pergi Durian Burung. Macam2 alasan aku bagi coz tak nak pergi, tp dia orang jugak yang menang. Hah...dia ingat ada shopping complex kot, bila sampai tgk askar dan bangunan yang semuanya kosong barulah kau pandang aku, aku pandang kau.... Malam trus bertolak balik ke sini dan sampai kul jam 2 pagi... adess..letihnya.....





CEREBRAL PALSY

Kanak-kanak dengan spastik cerebral palsy

Cerebral Palsy akan kekal keakhir hayat individu


Jenis-jenis cerebral palsy bergantung kepada kerosakan bahagian otak


Menurut Kamus Netword, Cerebral Palsy bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu tidak berupaya untuk mengawal kekejangan sebelum dan selepas kelahiran. Kamus perubatan pula mendefinisikan Cerebral Palsy ialah kerosakan kawalan dan koordinasi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak. Secara umumnya Cerebral bermaksud ‘berlaku sesuatu pada otak’, Palsy bermaksud ‘masalah atau kelemahan dengan kawalan tubuh dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan’. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa Cerebral Palsy bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan oleh kecederaan otak.
Kebiasaannya, kerosakan otak bagi kanak-kanak cerebral palsy berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Hal ini disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan atau kekurangan oksigen. Pendarahan di dalam otak atau jangkitan menyebabkan berlakunya cerebral palsy. Adakalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak atau trauma membawa kepada cerebral palsy. Keadaan ini menjejaskan tona otot iaitu tahap ketegangan otot yang mengganggu pergerakan otot spontan dan melambatkan perkembangan motor kasar dan motor halus (Jamila K.A. Mohamed, 2006) .
Selain itu, cerebral palsy adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Kejadian ini bergantung kepada faktor ketegangan otot, pergerakan tanpa diarah, gangguan dalam mobiliti, sensasi dan persepsi yang abnormal, kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan dan sakit secara tiba-tiba (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Masalah lain yang timbul akibat kecacatan ini termasuk masalah pembelajaran, kerencatan akal, epilepsi, masalah pertuturan, kesukaran untuk makan, masalah deria dan lain-lain. Kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy yang ringan memerlukan ahli terapi bagi membantu mereka memperkembangkan kemahiran motor yang lebih baik. Manakala bagi mereka yang mengalami masalah ini pada peringkat yang sederhana memerlukan lebih banyak masa dan usaha bagi memastikan mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Mereka dapat berjalan tetapi dalam kadar yang lambat berbanding kanak-kanak normal.
Di samping itu, mereka juga memerlukan kerusi roda dan peralatan lain bagi membantu mereka bergerak. Bagi kanak-kanak dalam kategori teruk bantuan dalam aktiviti kehidupan seharian diperlukan. Biasanya mereka tidak dapat berjalan, berdikari atau bercakap. Oleh itu, pembelajaran bagi mereka adalah dengan melihat dan mendengar. Disebabkan mobiliti mereka yang terhad, kedudukan mereka perlu diubah dari semasa ke semasa (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Kanak-kanak cerebral palsy juga mungkin turut mengalami masalah lain seperti penglihatan, pendengaran atau pembelajaran. Namun hampir 40% kanak-kanak cerebral palsy mempunyai kebolehan kognitif yang normal atau lebih baik daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya. Ini menunjukkan bahawa ketidakupayaan fizikal dan komunikasi yang ada pada mereka tidak bermakna mereka mengalami kerencatan akal (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Biasanya, Cerebal Palsy terjadi sebelum atau selepas kelahiran seseorang bayi di antara tempoh kelahiran sehingga umur 2 tahun yang mana pertumbuhan otak pada peringkat bayi ini tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi atau adanya jangkitan atau pendarahan pada otak. Pada peringkat ini, biasanya bahagian serebrum paling banyak terjejas. Kebanyakan kes ini terjadi semasa berumur 2 tahun. Walau bagaimanapun, kerencatan otak jarang berlaku sehingga umur 7 tahun (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Jenis-jenis Cerebral Palsy :
Terrdapat beberapa jenis Cerebral Palsy yang telah dikenalpasti antaranya (Jamila K.A. Mohamed, 2006) :
i. Spastic Cerebral Palsy
Ia merupakan jenis yang paling kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ’Cerebral Palsy’. Spastik biasanya melibatkan anggota sebelah badan sahaja (Spastik Hemiplegia Cerebral Palsy). Ia melibatkan bahagian lengan lebih keras dari kaki. Apabila berjalan tangan yang terlibat akan berada dalam keadaan membengkok dan kekerasan. Kaki yang terlibat akan menjadi lembik dan terpaksa dihayunkan lebih sedikit agar tidak terseret.
Kategori ’Spastic Diplegia Cerebral Palsy’ pula, melibatkan dua bahagian anggota badan. Penglibatan bahagian anggota tersebut berbeza-beza, yang mana ada yang terlibat secara minimum dan ada yang teruk. Kanak-kanak mengalami kesukaran untuk berjalan kerana otot-ototnya di bahagian pinggul merapat dan menyebabkan kaki masuk ke dalam serta menyilang seolah-olah seperti gunting. Secara keseluruhannya, kaki lebih keras daripada anggota tangan.
Spastik yang melibatkan keempat-empat anggota badan pula adalah ’Spastic Quadriplegia Cerebral Palsy’ yang mana kedua-dua anggota badan atas menjadi lebih keras berbanding dengan kedua-dua anggota kaki. Di samping itu, otot yang mengawal mulut dan deria rasa atau lidah juga turut terlibat. Kanak-kanak yang mengalami Spastic Quadriplegia’ ini juga biasanya mempunyai masalah kerencatan akal. Secara keseluruhannya spastik ini menyebabkan otot-otot dan pergerakan menjadi kejang iaitu mengalami kesukaran untuk menukar posisi dan bergerak. Kira-kira 50-70% Cerebral Palsy mengalami spastik jenis ini.
ii. Ataxic Cerebral Palsy
Spastik jenis Ataxic’ mempunyai koordinasi pergerakan yang lemah. Di sini kanak-kanak akan mengalami ketidakseimbangan tubuh dan posisi badan yang stabil. Kanak-kanak mungkin berjalan dengan lenggang-lenggok yang tidak seimbang dan mengalami kesukaran pergerakan atau koordinasi yang tepat serta kurang memberi tumpuan. Misalnya, semasa menulis. Kira-kira 10% kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy’ jenis ini.

iii. Athetoid Cerebral Palsy
Kanak-kanak yang mengalami Athetoid’ ini kira-kira 20% sahaja daripada keseluruhannya spastik. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan membuat pergerakan secara rawak yang tidak disengajakan untuk memegang benda atau barang. Mereka tidak dapat memegang atau melakukan sesuatu mengikut apa yang disuruh atau mengikut arahan. Contoh memegang berus gigi atau pensel.
Di samping itu, kadar otot-ototnya boleh berubah-ubah daripada terlalu ketat kepada terlalu longgar. Kadang-kadang ia tidak dapat mengawal kestabilan pergerakan iaitu boleh menjadi perlahan dan cepat, tersentak-sentak atau menggeliat. Kanak-kanak ini juga selalu mengalami masalah untuk mengawal dengan baik untuk duduk dan berjalan. Ia juga memberi kesan kepada kawalan otot mulut dan lidah. Disamping itu, kanak-kanak ini juga sukar untuk bercakap, menghisap dan menelan.

Ciri-ciri Cerebral Palsy
Terdapat pelbagai ciri yang boleh dikenalpasti bagi ketidakupayaan Cerebral Palsy ini. Antara ciri-ciri tersebut adalah ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota badan seperti bermain, berjalan, makan, bercakap, berlaku kekejangan otot atau ketidakfungsian otot serta pergerakan yang tidak stabil.
Selain itu, kanak-kanak Cerebral Palsy ini mungkin mengalami kesukaran menggerakkan otot-otot yang diperlukan seperti lidah, bibir dan rahang serta kawalan nafas semasa bercakap. Seterusnya, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami proses pembelajaran yang agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal lain. Hal ini kerana, kanak-kanak ini mengalami kerencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan atau pengamatan motor. Di samping itu, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami ketegangan dan pergerakan yang tidak seimbang.
Ciri-ciri lain bagi kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy ialah sawan. Sawan berlaku apabila terdapat aktiviti yang tidak normal pada otak. Otak sentiasa menghantar mesej kepada badan untuk bergerak, bernafas dan memastikan jantung sentiasa berdengup. Oleh yang demikian, kejadian sawan adalah disebabkan oleh penghantaran mesej yang tidak normal pada tubuh. Sawan boleh berlaku pada bila-bila masa misalnya semasa sedang bercakap atau melakukan sesuatu sehingga berlaku kejadian tidak sedar diri dan mulut berbuih.

Punca-punca Cerebral Palsy
Antara sebab-sebab berlaku Cerebral Pasly ialah dijangkiti kuman rubella semasa dalam kandungan yang menyebabkan pembentukan otak yang tidak normal atau menyebabkan kerosakan pada otak. Di samping itu, kekurangan bekalan oksigen. Contoh plasenta tidak berfungsi dengan baik atau pecah pada dinding uterus sebelum janin menerima oksigen yang mencukupi boleh menyebabkan kerosakan pada otak janin. Gangguan emosi semasa ibu mengandung seperti tekanan perasaan, terkejut, pengambilan dadah, ubat-ubatan yang tidak mengikut peraturan yang betul, cubaan untuk menggugurkan kandungan juga menyumbangkan faktor yang berlaku kelumpuhan otak.
Perbandingan aliran darah normal dan abnormal yang membawa bekalan oksigen dalam saluran darah ibu.
Cerebral Pasly juga boleh berlaku semasa kelahiran iaitu kelahiran pramatang. Contohnya, berat bayi kira-kira 3 1/3 paun. Kes ini boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak yang menyebabkan kerosakan atau tisu otak menjadi lemah. Semasa melahirkan anak juga, ibu yang mengalami kesakitan yang luar biasa juga boleh mengakibatkan bayi lemas dan kekurangan oksigen. Kajian yang telah dibuat menunjukkan kira-kira 10% kesukaran kelahiran menyebabkan berlakunya Cerebral Pasly. Di samping itu, ibu yang mengalami tumpah darah serta kesukaran berhubung antara tali pusat dari uri turut mengakibatkan kerosakan otak bayi. Bayi yang mengalami penyakit kekuningan yang teruk atau jangkitan kuman pada selaput otak (meningitis) juga menyumbangkan kepada Cerebral Palsy.
Faktor selepas kelahiran juga boleh menyumbang kepada berlakunya Cerebral Pasly yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian selaput otak (meningitis) atau jangkitan kuman pada keseluruhan otak (meningoencephalitis).
Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada Cerebral Palsy iaitu penyakit RH. Penyakit ini adalah disebabkan ketidaksesuaian darah antara ibu dengan janin yang menyebabkan terjadinya Cerebral Palsy. Penyakit RH boleh dielakkan dengan memberikan RH negatif kepada wanita yang hamil iaitu suntikan darah yang dipanggil RH kebas globin semasa kandungan berusia 28 minggu. Manakala selepas kelahiran suntikan tersebut diberikan pula kepada bayi yang mempunyai RH positif.
Keganjilan pada kromosom juga merupakan faktor berlakunya Cerebral Palsy. Selain itu, masalah kesihatan yang melanda kanak-kanak turut menjadi faktor ketidakupayaan ini. Antara penyakit-penyakit tersebut adalah seperti meningitis, encephalitis, influenza dan mungkin demam akibat taun juga boleh menyebabkan kelumpuhan otak.
Faktor-faktor lain yang turut memberi kesan kepada kelumpuhan otak ialah berlaku kecederaan atau kemalangan pada bahagian kepala misalnya hentakan yang kuat. Di samping itu, sinar radioaktif juga turut menyumbang kepada kelumpuhan otak. Selanjutnya, faktor genetik turut berkaitan dengan kelumpuhan otak. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami kelumpuhan otak, maka risiko berlakunya kelumpuhan otak dalam kalangan kanak-kanak juga adalah tinggi.

AUTISME

Otak manusia yang normal

Otak manusia dengan autisme
Perkataan ‘autism’ mula-mula sekali digunakan oleh Eugen Bleuler pada tahun 1919. Ia merujuk kepada kurang atau tidak ada hubungan dengan individu lain dan dunia luar. Perkataan ‘autistic’ dan ‘autism’ ini dirujuk daripada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri ( Pamela J. Wolfberg, 1999 )
Walau bagaimanapun, kini istilah autisme merujuk kepada ‘developmental disorder’ atau ketidakupayaan dalam perkembangan mental. Doktor Leo Kenner iaitu seorang ahli psikologi pada tahun 1943 telah menghuraikan autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku. Bagi beliau autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik. Autisme sebagai masalah gangguan afektif, perspektif, persepsi, linguistik, kognitif dan komunikasi . ( Brenda dan Jo Webber, 2002 )
Menurut Hallahan & Kauffman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sbelum berumur 30 bulan.
The Autism Society Of America telah mendefinisikan pada 1977 dan menyemak semula pada 2000 menyatakan bahawa autisme merupakan kekurangan keupayaan sepanjang hayat dan dapat dipastikan pada tahap tiga tahun pertama bayi. Autisme berlaku tanpa menurut bangsa, keturunan dan latar belakang sosial keluarga.
Zasmani Shafiee (2000) telah menyatakan bahawa autisme adalah gangguan di dalam otak terutama di bahagian-bahagian menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung dan tidak langsung.
Kesimpulannya, autisme bolehlah didefinisikan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukan akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud sehingga akhir hayat walaupun tingkahlaku positif telah berlaku.

Nisbah Autisme:
Di dalam perhitungan dunia, bilangan yang menghidap autisme tulen adalah 4 hingga 5 orang dalam 10 000 orang manakala 10 hingga 15 orang dalam 10 000 orang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme. Bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan dengan nisbah 4:1, dan kebiasaannya seorang sahaja kanak-kanak autisme di dalam sesebuah keluarga dan kerap terjadi pada anak sulung.
Autisme dihidapi oleh kanak-kanak dari semua bahagian di dunia. Ia tidak mengira bangsa dan negara, taraf sosio ekonomi, taraf intelek, dan fakta perawakan sesebuah keluarga. Dianggarkan bilangan autisme tulen ialah 4350 orang dan lebih kurang 13000 orang mempunyai ciri-ciri tertentu autisme. Di Kuala Lumpur sahaja terdapat 60 hingga 80 orang kanak-kanak autisme yang ditempatkan di merata-rata pusat sosial dan sebagainya.

Perkembangan Fizikal dan Otak Individu Autisme
Seperti yang biasa kita lihat, individu autisme biasanya adalah seperti individu normal dan tiada siapa yang menyangka individu ini mempunyai ketidakupayaan. Apa yang kita lihat sifat fizikal kelihatan sempurna namun apa yang berlaku di dalam otak mereka tiada siapa yang tahu. Individu autisme ini dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Ini kerana di dalam otak setiap manusia terdapat beribu-ribu sel saraf yang paling berkait dan tersusun dalam bentuk system yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.
Setiap hemisfera otak mengandungi empat bahagian iaitu frontal, temporal, occipital dan parienta. Kawasan occipital menerima sel-sel saraf optic, menganalisa dan memberi maklum balas tindakan yang perlu dilaksanakan oleh mata. Temporal lobe merupakan kawasan pendengaran dan berhampiran dengan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal pergerakan tubuh manusia. Bahagian parietal merupakan pusat mengawal motor pertuturan. Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep perlambangan bahasa.
Trevarthen, Aitken, Papouli & Roberts ( 1998 ) menyatakan pendapatnya bahawa cereblum merupakan bahagian otak yang kedua besar dan terletak di bawah occipital lobe. Fungsi utamanya adalah mengawal keseimbangan badan, mengkoordinasi pergerakan otot dan mengawal tubuh badan tetapi pada kedudukan normal. Namun demikian, bagi kanak-kanak autisme, ia adalah sebaliknya. Sistem saraf pusat mula terbentuk apabila embrio berusia dua minggu dan apabila berumur lapan minggu akan menjadi fetus atau janin. Ketika inilah mekanisme genetik mula muncul. Faktor ini menentukan perkaitan individu dengan bentuk tubuh, organ dalaman dan sistem saraf pusat.
Bauman & Kemper dalam Edelson (1999) telah menjalankan pembedahan otak individu autisme dan mendapati bahawa terdapat dua bahagian dalam sistem limbik yang kurang berkembang iaitu ‘amygdala’ (berbentuk badam) dan ‘hippocampus’ (berbentuk kuda laut). Dua bidang ini berperanan sebagai mengawal emosi, tingkah laku yang tidak bersebab, input sensori dan pembelajaran. Mereka juga mendapati di dalam cerebllum terdapat kekurangan sel purkinje.
Saraf amyglada individu autisme ini adakalanya bersaiz lebih kecil atau lebih besar berbanding dengan saiz normal. Kesannya mungkin akan menyebabkan individu autisme menjadi hyperaktif atau hypoaktif. Ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Di bahagian otak individu autisme terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi dalam kandungan ibu. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor.

Ciri-Ciri Autisme
Kanak-kanak autisme mempunyai pelbagai masalah yang menjadikan mereka individu yang unik. Jamilia K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istemewa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku, dan emosi.

1. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
a. Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
b. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
c. Jarang menggunakan bahasa
d. Sukar diajak bercakap
e. Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
f. Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
h. Meniru perbualan atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya
i. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu

2. Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrim.
a. Suka bersendirian
b. Tiada kontek mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
c. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
d. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut


3. Gangguan Deria
Di antara ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
a. Sensitif pada sentuhan
b. Tidak suka dipegang atau dipeluk
c. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
d. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
e. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

4. Pola Bermain
Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
a. Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya
b. Tidak suka bermain bersama rakan sebayanya
c. Tidak bermain dengan cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya
d. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin
e. Apabila menyukai sesuatu benda terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.

5. Tingkah Laku
a. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif
b. Melakukan gerakan ataupun perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar –mandir
c. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya)
d. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi

6. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya ialah:
a. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab , mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya
b. Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu
c. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu
d. Adakalanya mencederakan dirinya sendiri
e. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain

Punca-punca Autisme
Punca sebenar autisme adalah kompleks dan sukar dijelaskan. Dalam kebanyakan kes, punca yang menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan kajian-kajian terkini yang dijalankan lebih memberikan tumpuan terhadap masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak ,dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.
Dari segi genetik, adik- beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutamanya bagi pasangan kembar seiras. Selain itu autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phenylketonuria (PKU).
Selain itu masalah dan komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menjadi punca kepada berlakunya autisme. Di antaranya adalah jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan, dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik-beradik juga turut dikatakan sebagai pencetus autisme iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau lebih (Gargiulo R.M. 2003).
Menyentuh tentang fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.
Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme, terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih 60% kanak-kanak autistik yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu yang berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rangkaian yang akhirnya akan dibuang melalui perkumuhan air kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian, dan tingkahlaku (Jamilia K.A. Mohamed, 2005).
Kanak-kanak autisme merupakan kecacatan yang paling serius dari aspek pengendalian tingkahlaku. Dianggarkan 1/3 dari kanak-kanak kini boleh dilatih untuk berdikari tetapi sejumlah besar mungkin memerlukan pengawasan sepanjang hidup mereka. Biasanya kanak-kanak ini beransur baik selepas umur meningkat dewasa dan ada juga yang menjadi kanak-kanak normal dalam peringkat umur yang lebih dewasa. Berikut adalah anggaran peratus tahap berfungsi bagai kanak-kanak ini:
1-5% - menjadi biasa kembali dan boleh berdikari
15% - menunjukkan kemajuan semasa remaja
25% - boleh bekerja dalam pengawasan rapi
55% - perlu pengawasan rapi sepanjang hayat

Sunday, January 25, 2009

MAJLIS KAHWIN IMAH


Selamat Pengantin Baru Imah... semoga kekal ke akhir hayat. Emmss.... hari ni satu family bergerak ke Kg.Ketior Luar (1st time jejak kaki ke sini) untuk meraikan majlis kakwin Imah, kawan sekelas kat sini. Terima kasih di atas cenderahati labu sayong yg cute tu.... Balik dari umah dia terus singgah ke Kg.Talang umah Us.Shahir (x-teacher abe kat KL), depa ni buat kenduri jgak..tahlil....Sepanjang jalan pergi dan balik hujan tak berhenti. Sampai di Taiping singgah lagi, umah sepupu hb. Sampai sini dah kul 7. Adess.... mlm ni nak balik Kedah pulak...huhuhu, penatnya!

Saturday, January 24, 2009

SAHABATKU DAN RUMAH INI

Rumah ni sebenarnya hadiah(bukan rumah betul2 tp gambar ni la) dari seorang sahabat aku. Masa tu aku sibuk nak masukkan gambar rumah sesuai dgn title blog aku, so aku cerita lah kat sahabat aku ni. Tak brape lama sampailah sebiji rumah seperti diatas kat aku. Bg aku rumah ni cantik dan damai je bila tengok. Sahabat aku ni jugaklah yang selalu bagi semangat agar aku buat je blog baru coz blog lama aku dah macam x boleh nak update. Macam2 alasan aku bagi tetapi dia tetap jugak bagi semangat kat aku....akhirnya aku berjaya jugak buat blog yang baru dan tak seberapa ni. Emss... tapi aku sedih jugak coz sahabat yang selalu bagi semangat kat aku ni kadang2 dia datang rumah aku, ok la kalo dia datang, aku pun suka... tapi selalu je dia nak balik tiba2. Kadang2 dia suka sangat hilangkan diri mcm chipsmore tu...kejap ada, kejap tak ada..huhuhu. Walau apapun aku tau dia sangat baik dan tak pernah sakitkan hati aku. Aku je kadang2 suka sangat menyakat dia. Apa pun sahabatku, aku sentiasa doakan kau semoga hepi2 slalu.....thanx 4 everything.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat
khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang
khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan
aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat
terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku'
dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30
tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

BBQ DI SEAGATE


Hmmss.. td aini call ajak pergi BBQ malam ni pas manghrib, saja-saja seronok katanya. Petang td trus pergi Tesco jap beli je nugget n meat ball untuk budak2. Tu je yang sempat kot nak bekal. Dlm kul 8 baru brtolak, Dr. K, Azmir (adik Aini) n Amirul dah siap pasang khemah n wat unggun api. Masa kami sampai dia orang dah pun start bakar ayam. Budak2 memang happy sangat2, siap pergi main tepi laut walaupun dah malam2. Hhhmmmss, banyaknya Aini bawak bekal... tp semua budak2 n mak budak pun berebut lauk2 yang dah dibakar, x sempat letak lama dalam pinggan trus licin. Dalam kul 11 kita dah siap kemas nak balik, budak2 pun dah nempak letih. Semua dah dok termenung je mcm muka boring, huhuhu. Masa pergi ok la, tp bila dok dalam keter nak balik semua diam keletihan. Sampai rumah, sekejap je tgk masing2 dah terlentok kat atas kerusi mcm tu je.....

AKU GAMBLE GILER-GILER HARI NI...

Arghhh...bangun pagi2 lagi coz hari ni kena anta abe g tution. Balik je umah trus masak, hari ni jgak dah janji nak anta keter untuk diservis. Lebih kurang jam 10 pagi mekanik datang amik aku kat umah coz aku pun tak pernah lagi pergi worksyop tu...huhuhu. Kalo ikutkan tak pegi pun tak pe tp aku tak sedap hati plak. Ek eleh.. dia kata kul 4 lebih baru siap, abis tak kan aku nak dok termenung kat bengkel tu. Hah...dari dok kat situ, aku terfikir nak g perangin mall. Aku dengar citer je Perangin Mall ni tp x pernah pun sampai lagi, kira hari ni aku amik peluang ler. Selama dok kat sini aku tak pernah lagi naik bas....hahaha tp hari ni aku gamble nak naik bas, membazir je naik teksi coz sekadar nak jalan2. Naik lah aku Rapid Penang untuk pertama kalinya.... sebijik macam bas mini di KL zaman aku muda2 dulu. Ya Allah, mcm org mabuk pun ada.... akhirnya aku tak tau pun nak turun kat Perangin Mall mcm mana....orang ramai so jalan pun aku tak nampak. Huhuhu..last sekali aku sampai ke stesen bas yang last.... JETI. Aku tak tau nak pergi mana kat situ, so aku amik keputusan nak pergi jugak ke PM. Sekali lagi aku naik RP berpatah balik...ems... sampai jugak aku kat PM. Ah, bukannya ada apa sangat kat sini.... aku pusing2 je, dah rasa lenguh kaki aku jumpa pusat refleksologi, aku masuk n urut kaki... hah lega. Tp hati kata dah penat jalan so skali lagi aku naik RP balik rumah coz kereta tu budak mekanik dah janji g anta kat umah. Bila aku sampai rumah, aku terfikir balik mcm mana aku boleh jadi gamble giler-giler hari ni coz kalo nak kira aku ni penakut nak jalan sorang2 mcm tu. Dari mana semangat aku datang aku pun tak tau....huhuhu

Thursday, January 22, 2009

UMAR AL-KHATTAB BERKATA......

Terdapat 9 jenis anak syaitan...
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

BILA SEMANGATKU DATANG KEMBALI

Hari ini aku rasa syukur sangat2 coz Allah telah mengembalikan semangat aku untuk ke laman blog umah aku...EJAZARA'S HOME.... Tapi biasa r langkah pertama mesti banyak cabaran. Niat aku cuma untuk meng"update" balik blog aku yang sedia ada dan terbiar tu. Huhuhu...x boleh la plak, semua jadi sangkut. Jadi aku cuba bina yang baru dengan nama yang lama. Insyallah di rumah ini aku akan isikan semuanya untuk tatapan kengkawan. Untuk membina sebuah rumah yang penuh warna warni di dalamnya perlulah ada keluarga, kasih sayang, kejujuran, sahabat, sedih, gembira, jenaka, gurau senda, kerjaya, pengetahuan, tolak ansur, sabar dan seribu satu mcm lagi. Semoga kita sama2 dapat berkongsi diruang yang sempit ini......INSYALLAH.