Saturday, February 28, 2009

WAKTU BALIK KL

Abe posing kat dpn KLCC


Phia ni lah keje dia pantang jumpa mesti sangkut....hehehe

Kakan n Achik kat taman KLCC

Aku, kakak n hubby dok tunggu dia orang main kat taman ni

Hahaha... hubby ku dah makin boroi....
Ni masa balik KL ari tu, x tau nak pegi jalan mana2 so pegi lepak kat KLCC pas hubby balik keje. Singgah kejap je bagi anak2 main kat taman tu. Rasa tak sabar nak pindah balik KL. Nak habiskan 2 tahun kat sini, aku rasa lama sangat. Insyallah dah tak lama lagi saat2 yang ku tunggu tu. Anak2 pun kadang2 dah boring kat sini, selalu jugak merungut tapi nak buat mcm mana... sian kat dia orang...terpaksa korbankan diri dia orang untuk aku... walau apa pun aku tetap sayang kalian..hingga ke nafas yang terakhir.





Friday, February 27, 2009

PERTAMA KALI KE TELUK KUMBAR

Bersama Harriz kat jeti


Fariha,Ma, Abe n Hannis... sampai separuh Fariha nangis takut so patah balik hantar dia kat hubby.

Aku dan Abe, baru form 2 dah tinggi macam tu...huhuhu

Aku dah lupa tarikh pegi sana, yang aku igt hari Sabtu coz kalo hubby ada tu biasanya hari minggu je lah. Best jugak kat sini, perkampungan nelayan. Sempat beli ikan yang baru naik dari laut...fuh.. fresh n murah! Masa naik kat jambatan (jeti kot, aku pun tau r panggil apa), gayat yang amat.... nak sampai ke hujung sekali memang aku dah tak boleh..mcm hanyut nak jatuh je. So sampai separuh n amik gambar je wat eksen..wakaka. Hubby langsung x jejak sini, tunggu kat bawah ngan Fariha je. Kira best gak la mai sini, at least bila balik KL ada gak la kenangan aku jalan2 kat sini..hehehehe


KEMBAR DI HARI SUKAN SKBG




Hannis dan Harriz sewaktu majlis penyampaian hadiah
21hb Februari 2009 yang lepas SKBG adakan majlis sukaneka dan sukantara. Untuk sukantara tinggal beberapa acara final je lagi. Kebanyakkannya telah diadakan di waktu pagi pada hari persekolahan. Pagi2 lagi dalam jam 7 aku dah hantar dia dan Abe (tution) sekali.Walaupun hari ni aku agak sibuk, biasa la hari minggu..... macam2 yang perlu dibuat, aku janji dengan ateh dan achik aku akan sampai kat sekolah dia pukul 10. Nasib baik waktu aku sampai dia baru nak mulakan acara sukaneka. Seronok bukan main dia coz dapat pingat emas. Semalam Ateh dah dapat pingat perak untuk acara lompat jauh. Hahaha... balik dari sekolah terus tido, kepenatan sampai petang. Bila lehat gelagat anak-anak yang macam2 rasa letih dan penat terus hilang. Betapa besarnya anugerah Allah.



AMRAFIK ARIFFIN DAN SAZALI YACOB

Apik sewaktu hendak pergi menunaikan umrah selepas sembuh dari sakit
Dah lama aku tak update blog ni, walaupun hati meronta2 nak isikan macam2 tp aku tak berkesempatan. Memang betul2 sibuk. Dalam pada kesibukkan tu, aku sering ingatkan dua nama ni... yang telah kembali ke rahmatullah tanpa aku sempat melihat wajah mereka. Amrafik, sepupu aku meninggal kerana pneumonia. Kali pertama dia diserang dan dalam keadaan kritikal sewaktu aku masih di Kuala Lumpur. Waktu itu boleh dikatakan setiap hari aku akan temankannya di hospital. Macam2 kami bercerita, dia lebih banyak mendengar dan sesekali menyampuk kerana waktu tu dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen. Dia bagi tau pada aku, Dr kata dia hanya ada berapa peratus sahaja untuk hidup. Tapi setitis air mata pun dia tak tumpah. Dia kata dia redha. Sebelah daripada paru-parunya memang sudah rosak. Yang sebelah lagi hanya tinggal lebih kurang 20% je. Arghh..aku x sanggup nak dengar lagi. Kami bercerita tentang masa kanak2, aku lihat Apik seorang yang kuat semangat. Dalam sakit yang sebegitu dia tidak pernah sekali tinggalkan solat. Ini memanglah perangai dia dari kecik lagi solat tak pernah tinggal dan setiap kali lepas mangrib mesti baca al-quran sampailah waktu isyak. Selepas tiga hari, aku mendapat panggilan telepon Apik dimasukkan ke ICU. Aku terus bergegas ke HUKL, semua saudara dan kawan2 membacakan surah Yassin untuknya. Apik dah koma, masa ni dia cuma hidup dengan mesin bantuan pernafasan. Segala persiapan untuk menyambut "kematian"nya telah diuruskan. Tapi Allah itu lagi mengetahui, rupanya Apik masih panjang umur. Lebih kurang sebulan selepas itu dia kembali sembuh dan boleh kembali bekerja...miracle...itulah kebesaran Allah.
Namun begitu hujung tahun lepas dia kembali kritikal dan akhirnya ia kembali ke rahmatullah setelah berjuang selama seminggu. Dari saat dia dimasukkan ke hospital untuk kali kedua sehingga saat2 dia dikapankan aku tidak sempat berjumpa dengannya. Waktu tu aku sedang mengahadapi peeperiksaan, aku hanya hadiahkan Al-Fatihah untuknya dari jauh. Dia lah sepupu aku yang pertama yang telah kembali ke penciptaNYA.
Sazali, atau aku panggil dia dengan nama Pak Su Li...adik ayah ku yang bongsu (gambar dia aku x dpt nak upload). Masa kecik2 aku rapat jugak dengan dia coz keje dia suka sangat menyakat. Tapi bila dia dah mula bekerja dan berpindah, kami semakin renggang dan jarang berhubung. Bila aku berpindah ke Kuala Lumpur dan dia pula berhenti kerja dari FELCRA kerana menumpukan sepenuh masa dalam bidang penulisan, hubungan kekeluargaan kembali rapat semula. Setiap kali ke Kuala Lumpur kerana ada jemputan untuk sebarang majlis, dia akan singgah ke rumah aku. Dan aku pun kalo balik kampung mesti menziarahinya. Sebelum ni dia diserang jantung, walaupun masa tu umur dia masih muda tetapi mungkin faktor kuat merokok memberi kesan sampingan padanya. Tambah lagi dia juga ada diabetis. Pada musim haji yang lepas dia berkesempatan menunaikan haji bersama Mak Su. Selepas saja balik dari Mekah dia diserang sakit buah pinggang, koma dan telah kembali kerahmatullah. Yang paling aku terkilan aku tak dapat menghantarnya masa dia hendak ke Mekah kerana aku berada di sini dengan kesibukkan rutin aku. Bila dia balik pun aku x menyambutnya. niat aku x per lah nanti balik kampung aku blh jumpa ngan dia. Intan (kakak ipar aku) beberapa kali telepon bagi tau Pak Su kirimkan untuk aku macam2 buah tangan dari sana, aku suruh je dia simpan tunggu nanti aku balik KL. Sama juga dengan kepulangan Pak Su ke penciptaNYA, aku tidak dapat pulang kerana kebetulan aku jugak waktu itu ada ujian di pusat pengajian kat sini. Dua kematian orang yang dekat denganku tanpa aku dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Al-Fatihah, semoga kalian berdua akan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman, insyallah.

Sunday, February 8, 2009

MELAYU ISLAM DAN VALENTINE DAY

Tinggal tidak berapa hari lagi untuk menyambut 'Valentine Day' atau Hari Memperingati Kekasih. 14hb Februari pasti merupakan hari bersejarah bagi pasangan kekasih atau yang sewaktu dengannya. Sudah pasti jugak hari ni bunga2 ros akan melambung harganya. Tawaran pelbagai pakej makan malam di restoren dan hotel2 terkenal, separuh terkenal atau yang tidak terkenal pun sibuk membuat promosi. Tak kurang jugak stesen televisyen akan menayangkan pelbagai cerita2 yang dikatakan bersesuaian. Tapi dalam banyak2 hal yang paling sedihnya orang melayu dan beragama Islam pun sama sibuknya untuk meraikan 'Valentine Day' ini, tanpa mereka tahu asal usul hari ini diraikan, kenapa ianya diraikan.... Di sini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang 'VALENTINE DAY' dan selepas ni kepada sesiapa yang dah "tersambut" sebelum ni, tak payah lah sibuk2 dok sambut lagi...sian kat kita yerrr....
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.
Pendapat Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat Kedua,pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaituhari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalamkalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi.Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama orang kafir seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan dari baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang kafir dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir maka ditakuti dia akan tergolong ke dalam golongantersebut.
Sabdanya:Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas.Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut bolehmenyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir.Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.
Firman-Nya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). al-Israa' :32
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya orang kafir ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari menguar-uarkan sambutan Hari Valentine ini kepada rakyat di sebuah negara Islam seperti Malaysia ini malah ianya sepatutnya dipergunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Justeru itu dapatlah dirumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine adalah semata-mata bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden.Mereka yang terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan zaman. Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut untukmengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, mewarnakan rambut mereka berwarna perang, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju. Sedarlah wahai pemuda-pemudi Melayu, walau sehebat mana kamu meniru gaya hidup barat, mereka tetap melihat kamu sebagai orang Asia yang datang dari dunia ke 3 yang rendah martabatnya berbanding dengan mereka.Mereka tidak akan melihat kamu sekalian sebagai setaraf dengan mereka walaupun kamu bersungguh-sunguh ingin mencontohi cara hidup mereka. Oleh itu hendaklah bangsa Melayu berbangga dengan apa yang telah ada pada agama serta adat resam bangsa mereka dan janganlah terlalu dikelabui dengan kehidupan duniawi yang berkiblatkan barat seperti sambutan Hari Valentine ini.
Firman Allah S.W.T.:"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." Surah al-Ghaafir: 39
(p/s:Saya cuma memetik bahan ini daripada beberapa sumber, sekiranya terdapat yang bercanggah sila maklumkan)

Saturday, February 7, 2009

BULAN KELAHIRAN DAN ANDA



JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik..* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan..* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi..* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, February 5, 2009

GAZA OH GAZA....HARI INI BARU AKU TERPANGGIL





Dari bermulanya kekejaman Israel terhadap bumi Gaza, kenapa hari ini baru aku terpanggil untuk meluahkan rasa hati aku.... Bukan aku tidak peka, bukan juga tidak peduli. Memang niat aku semasa mula2 buat semula blog baru ini aku akan susun dan hiaskan rumahku ini dengan pelbagai cerita..suka duka, bahagia, sengsara, kasih sayang dan bermacam2 lagi untuk dikongsikan bersama kawan2. Argh.... tetapi setiap kali aku cuba 'upload' kan gambar2 tentang kesengsaraan di bumi Gaza, setiap kali ingin aku ingin coretkan rasa hati aku, setiap kali itu jugalah bermacam masalah datang.... line buat hal, sibuk dengan kelas dan assignment, sibuk dengan rutin aku dan anak2...dan akhirnya rasa hati ku itu terbiar sepi. Walau apa pun aku masih sempat bersyukur walaupun terlewat tetapi aku masih berkesempatan. Aku masih ingat dulu waktu masih di KL ada interview dengan MERCY untuk menambahkan sukarelawan, waktu itu MERCY masih baru lagi. Aku meminta izin HB untuk turut sama hadiri interview itu, entah kenapa hati aku kuat untuk bersama2 kumpulan ini. Hhmmmsss tapi HB aku cakap jihad tidak semestinya ikut sekali ke tempat kejadian. Dan bila aku luahkan kepada kawan yang rapat dengan aku, betul jugak kata dia jihad wanita seorang isteri dan ibu itu amat luas. Aku pendamkan segalanya sehinggalah yang terakhir ku simpan hasrat itu sewaktu berlakunya Tsunami. Disaat aku merenung wajah anak2 ku yang waktu itu masih lagi kecil, baru aku sedar anak2 aku lebih memerlukan aku disaat itu. Namun, hasrat itu belum lagi mati.... aku berharap satu hari aku dapat menyertai mereka yang sanggup berkorban segala2nya demi agama, bangsa, kemanusiaan dan kasih sayang.

Tuesday, February 3, 2009

MY FAV RECIPES

CHOCOLATE MOIST
Bahan A:
250 gm butter
2 cawan gula kastor
2 ¾ cawan tepung superfine
1 ¼ cawan serbuk koko
2 sudu teh bic soda
1 ¾ cawan air
2 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
2 biji kuning telur

CARA:
Bila butter telah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan tepung yang telah diayak selang selikan dengan air sampai habis.Bakar 2 keping atau bakar satu kemudian potong tengah supaya jadi 2 layer.

Bahan B:
1 tin susu pekat
¾ cawan serbuk koko
¼ cawan minyak jagung
2 sudu teh eses vanilla

CARA:
Gaulkan semua sekali hingga sebati kemudian masakkan secara double boiler sehingga berkilat. Angkat dan sejukkan, kemudian tuangkan dan ratakan selapis kemudian letakkan lapis, yang kedua dan ratakan dengan coting sehingga habis dan rata.

MIX FRUIT CAKE
Bahan:
1 Kotak buah (370gm)
2 cawan air
2 cawan gula { campurkan semuabahan dan masak diatas api sederhana (A)}
1 ¼ buttercup (300gm)
2 sudu the bikarbonat soda
+
4 cawan tepung (+ 2 sudu the baking powder) – ayak bersama
4 biji telur

CARA:
Bila bahan A dah sebati semuannya tutup api dan campurkan sedikit demi sedikit gandum dan telur. Bila dah sebati masukkan telur dan kacau rata. Kemudian boleh dibakar atau kukus.


MUFFIN BLUBERRY
Bahan:
300 gm self-raising flour
150 gm gula kastor
15 gm susu tepung90 gm telur (anggaran 2 bj telur saiz B)
120 gm butter
165 gm air
30 gm madusedikit perasa vanila
Inti : Buah blueberi

Cara:
1. Panaskan oven pada 180C
2. Pukul gula, susu tepung, butter dan madu hingga kembang.
3. Masukkan telur perlahan-lahan hingga habis
4. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan bersilih ganti dgn air hingga habis.
5. Kisar bersama buah blueberi. Saya pakai blueberi filling.........just letak kat atas je. Letakkan adunan dlm acuan muffin. Masukkan ke oven dan bakar selama 20-25 minit.

Sunday, February 1, 2009

AL-KHAWARIZMI CENDIKIAWAN ISLAM


ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di lahirkan di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Walaupun nama sebenar al-Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff tetapi beliau lebih dikenali sebagai Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Ada juga setengah pendapat mengatakan tempat beliau dilahirkan ialah di Bukhara. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil. Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

BUKTI YANG MENUNJUKKAN AL-KHWARIZMI TERMASUK DALAM GOLONGAN PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT
Sepertimana yang telah di ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matematik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Beliau telah menghasilkan beberapa karya pada zaman hidupnya dan telah meninggalkannya sebagai ilmu yang disebarkan sehingga sekarang. Walau bagaimana terdapat juga karyanya yang telah hilang dan tiada dalam simpanan sewaktu kejatuhan Islam.
a) Al-Jabr wa’l Muqabalah
- Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
b) Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
- Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

c) Sistem Nombor
Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Sistem nombor ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
d) ‘Mufatih al-Ulum’
yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
e) Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
f) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
- Karya ini dihasilkan pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
g) Al-Amal bi’ Usturlab’
h) Al-Tarikh
i) Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah
.

Sebagai manusia yang dianugerahkan dengan lelebihan pintar cerdas dalam Logikal Matematik, Al-Khawarizmi mempunyai sifat dan ketokohannya yang tersendiri terutamanya dalam bidang matematik dan astronomi. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Khawarizmi sebagai seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah karya yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol dan Kristian.
Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan.
Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.