Sunday, May 31, 2009

CUBA KORANG JAWAB NGAN JUJUR EK - MEANING OF COLOR AND YOUR BIRTHDAY

Don't cheat,
If you are honest, this tells the truth. It's pretty good. Write your answers on a piece of paper, and NO cheating!! The answers are at the bottom.


1. Which is your favorite color out of:

red , black , blue , green , or yellow ?

2. Your first initial?

3. Your month of birth?

4. Which color do you like more,
black or white ?

5. Name of a person of the same gender as yours.

6. Your favorite number?

7. Do you like Flying or Driving more?

8. Do you like a lake or the ocean more?

9. Write down a wish (a realistic one).

When you're done, look down. (Don't cheat!)





Answers
1. If you choose:

Red - You are alert and your life is full of love.
Black- You are conservative and aggressive.
Green - Your soul is relaxed and you are laid back.
blue - You are spontaneous and love kisses and affection from the ones you love.
yellow - You are a very happy person and give good advice to those who are down.

2. If your initial is:
A-K
You have a lot of love and friendships in your life.
L-R
You try to enjoy your life to the maximum & your love life is soon to blossom.
S-Z
You like to help others and your future love life looks very good..

3. If you were born in:
Jan-Mar:
The year will go very well for you and you will discover that you fall in love with someone totally unexpected.
April-June:
You will have a strong love relationship that will not last long but the memories will last forever.
July-Sep: You will have a great year and will experience a major life-changing experience for the good.
Oct-Dec
: Your love life will not be great, but eventually you will find your soul mate.

4. If you chose:
Black
: Your life will take on a different direction, it will seem hard at the time but will be the best thing for you, and you will be glad for the change.
White:
You will have a friend who completely confides in you and wo! ul! ! ! ! ! ! ! ! ! d do anything for you, but you may not realize it.

5. This person is your best friend.

6 This is how many close friends you have in your lifetime.

7. If you chose:
Flying
: You like adventure.
Driving
: You are a laid back person.

8.. If you chose:
Lake
: You are loyal to your friends and your lover and are very reserved.
Ocean
: You are spontaneous and like to please people.

9. This wish will come true only if you tell this to five people in one hour. (ha.... this is nonsense I guess)
(P/S: Ihsan dari onlyzaza.blogspot.com)

Saturday, May 30, 2009

BIRTHDAY MAMATOK

Ni arr mak aku...SITI KHATIJAH BINTI ABDUL LATIFF
Sian kat kek ni, aku anak2 g tempah senyap2 so kami simpan kat dalam keter coz nak celebrate kat Sungai Petani. Sebab kepanasan....hehehe coklat dia cair la wei
Ni gambar kat Sg.Petani umah abang ipar aku

29hb Mei setiap tahun memang aku x lupa sambut birthday mak aku. Tahun ni umurnya dah 64 tahun. Tapi awet muda lagi ek..hahaha. Kalo masa keje n kat KL ada je lah hadiah yang istimewa, tapi al maklum arr sekarang lum keje lagi so bagi pun dah kena budget....sian mak aku ek. Ya la bulan Mei ada 2 hari istimewa plak tu untuk dia, satu hari ibu n satu lagi birthday dia arr. Kadang2 aku tempah bunga...... biasanya lepas aku n anak2 bagi hadiah kat dia, meleleh arr air mata dia...huhuhu. Tapi kali ni aku n anak2 dah pakat, wat x tau je. Actually kita org dah tempah kek minggu lepas. Punya la nak sembunyi, masa amik kek kul 2 ptg semlm kami simpan kat bonet keter, siap tutup ngan selimut lagi. Kebetulan abang ipar aku kat sungai petani wat kenduri sket so we all cadang celebrate kat sana je lah. Lepas sume jemputan balik baru anak2 aku amik kek n nyanyi lagu paling popular tu kat dia...uhuk...uhuk...terkejut n teruja gak dia. Maybe dia igt tahun ni we all dah x igt n x sayang dia kot. Sian mak aku ek, kena denda sampai satu hari...hehehe. MA......SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE-64.....SEGALA JASA N BUDIMU X KAN TERBALAS. TERIMA KASIH MA........

TAG DARI SARA

1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
  • Baru petang tadi (actually everyday cuci toilet....sambil2 nak mandi beb)
2.pencuci apa yg anda guna?
  • Macam2, asyik tukar2 je tapi yang wajib klorox ler.......
3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
  • Huhuhu....hari2 mop sebelum anta anak sekolah, yang wajib hall n dapur arr.....kalo bilik kira tugas ujung minggu....kdg lebih satu kali......kenapa? eii, aku geli kalo lantai melekit2...huhuhu
4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
  • pastikan anak sume ada kat umah
  • sume anak mandi n siap pakai baju tido
  • makan malam
5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
  • apa ek...sebab makan malam ni biasanya memang simple
6.minuman yg anda buat setiap pagi?
  • milo untuk aku n anak2
  • kalo HB teh 'o' panas
7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
  • mesti pakai baju tido
  • gosok gigi
  • sikat rambut
  • mesti wangi2 arr...hehehe
  • tegangkan semula cadar n susun bantal2
  • tgk semula anak2 yang dah tido....check selimut, bantal dia org...
  • check dulu ler pintu, tingkap, lampu, kipas, tv...apa2 yg patut di off kan
  • check email sesambil tgk news yang paling akhir
  • last sekali amik novel...baca, dah hangguk2 baru bangun tutup lampu, baru tido....hehehe
8.harus menjawab tag ini?
  • ida
  • aliya
  • hajjar
  • zana
  • ela
  • sapa2 je yang nak jawab

AWARD DARI SARA, KAY DAN BM


Syarat nak terima award ini:

1. Pastikan jantina anda perempuan.
2. Copy award dan paste kat blog.
3. Nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan.
4. Pass award ni kat girlfriend anda.

7 Sebab Kenapa Saya Bangga Jadi WANITA

1. Boleh menjadi isteri dan ibu.
2. Boleh peknen n bersalin.
3. Boleh pakai lawa2.
4. Cuti bergaji tiap bulan.
5. Cuti 60 hari sebanyak 5 kali(Tapi aku dapat 3x je)
6. Boleh ler gi spa ke, facial ke (relax kan kepala otak kat situ sesambil)
7. Paling best......boleh majuk.....hahaha

Jadi, saya pass award ni kat:

a) Ida
b) Maz
c) Aliya
d) Hajjar
e) Ela
f) Sapa2 arr yang belum dapat

Wednesday, May 27, 2009

Perkahwinan – ‘Perjudian’ yang Boleh Dimenangi

Anak Perjuangan

Kita Lahir ke Dunia Dengan Perjuangan.. Kita Dilahirkan untuk Berbahagia..


Monolog: Pasangan Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Benar, ilmu itu ada di mana-mana. Ilmu akan diperolehi oleh sesiapa sahaja yang gemar memerhati dan berfikir tentang pemerhatiannya.

Seperti biasa rutinku, boarding the train (LRT) to my workplace. Selalunya, untuk mengatasi kebosanan perjalanan itu aku memilih untuk tidur, atau sekadar memejamkan mata, berpura-pura tidur kerana tidak sanggup melihat aurat yang sengaja didedahkan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Penulisan kali ini bukan berkisar pada soal ini, tetapi ada satu perkara yang menarik perhatianku tadi.

Tadi aku memilih untuk tidak tidur tetapi membawa dua majalah untuk dibaca. Satu majalah Mingguan Famili dan satu lagi majalah Muslimah. Sedang ralit membaca satu artikel tentang Saidina Abu Bakar As-Siddiq, tiba-tiba ada satu pasangan masuk lantas seorang gadis dan seorang pemuda bangun memberikan tempat duduk kepada pasangan tersebut. Lagaknya macam pasangan istimewakan? Bagus juga pemuda dan pemudi itu. Berbudi bahasa. Si suami mendukung seorang anak perempuan yang serasaku mungkin belum boleh merangkak. Dia juga menggalas sebuah beg pakaian. Si isteri menggalas sebuah lagi beg pakaian dan beg tangannya.

If Allah Wishes

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk berakhlaq mulia

Isterinya duduk di sebelahku. Anak yang comel, hampir semua yang ada di sekitar kawasan tempat duduk itu diam, seolah-olah memfokus perhatian kepada pasangan itu. Tidak kurang juga yang mengagah anak kecil comel itu, yang kadang-kadang tersenyum seolah faham agahan orang di sekelilingnya. Aku terus membaca. Mataku pada barisan ayat-ayat di majalah tetapi telingaku mencuri-curi mendengar perbualan pasangan istimewa itu.

Ada yang bisa ditangkap deria pendengaranku dan ada yang tidak. Pelik, selalunya aku tidak ambil peduli apa yang orang lain buat atau bualkan. Tetapi pasangan ini benar-benar menarik perhatianku dan juga orang-orang di sekeliling. Pasangan itu pula berbual-bual seolah-olah tiada yang memerhatikan mereka.

“Pukul berapa sayang?”. Tanya si suami.

Si isteri lantas mengeluarkan jam tangan dari dalam beg tangannya, menekan punat pada jam itu, meletakkannya di telinga dan menjawab “nine thirty three bang”. “Ya?”. Sekali lagi diulang si isteri dengan nada mesra seperti jawapan pertama tadi “nine thirty three bang”. Suami angguk, tanda faham.

Sesekali, si suami mengagah anak kecil comel itu, berkomunikasi dengan si anak. “Tengok atas ya? Lampu… lampu.” Mengajar anak yang belum mampu bertutur itu.

Majalah ditutup setelah artikel itu usai dibaca. Ada yang lebih menarik perhatian.

“Laparla bang? Abang lapar tak?”.

“Lapar?. Abang dah makan sikit tadi. Takpela…nanti kita makan dulu.”

Kadang-kadang aku menoleh ke arah mereka. Mereka tidak sedar itu. Nampak bahagia, walaupun pakaian dan beg-beg yang digalas itu menggambarkan mereka bukanlah pasangan yang kaya wang ringgit. Tapi mereka kaya kasih sayang. Mereka bukanlah pasangan yang kaya rupa tapi kaya budi bahasa. Rasa tersentuh hati mendengar bicara keduanya. Seolah cinta dan kasih sayang melimpah ruah antara keduanya.

Terfikir di sudut hati. Teringat seorang wanita yang pada pengamatanku cukup pakej. Cantik, badan lawa, bijak, kaya, terkenal. Suaminya pun cukup pakej. Kacak, bijak, berharta dan ramai kenalan berpengaruh. Dikurniakan Allah seorang putera yang tentu sahaja mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Tetapi mereka akhirnya berpisah walau usia perkahwinan masih muda. Salah siapa?

Bila akal membandingkan antara dua pasangan ini, hati tertanya-tanya. Aku mahu jadi yang mana? Kalau anda pula, anda mahu jadi yang mana?

Sehingga detik ini tinggal lagi 58 hari aku akan bergelar isteri. Tentu sahaja siapa pun yang akan berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni, dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Anak-anak yang soleh solehah. Biar tidak mewah harta, tapi mewah kemesraan.

Perkahwinan kadangnya mengundang seribu masalah. Masalah duit, privacy, cemburu, konflik hubungan kekeluargaan, karenah ibu mertua, suami pemalas, isteri tak pandai berhias dan seribu jenis lagi. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi isu yang besar! Kalau dah tahu begitu, mengapa mahu berkahwin?

Ada bermacam alasan seseorang itu mahu berkahwin. Sebagai Muslim, kita beriman bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasang-pasang. Antara lelaki dan wanita diciptakan perasaan kasih sayang dan rahmah antara keduanya supaya mereka dapat meneruskan keturunan dan hidup dalam rukun aman damai. Ini firman Allah, Surah Ar-Rumm, ayat 21.

Dari firman Allah ini menunjukkan Allah Ta’ala menggalakkan kita berkahwin. Agama lain seperti Buddha, Kristian menganggap ‘celibacy’ (membujang seumur hidup) sebagai suatu pengorbanan yang besar. Tetapi Islam sebaliknya menggalakkan perkahwinan kerana Islam itu agama yang tidak menyalahi fitrah. Berpasang-pasangan itu kan fitrah manusia. Tidak hairanlah ramai ulama’ agama lain yang mempunyai anak luar nikah sesama mereka. Nabi SAW pernah bersabda bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagiannya lagi.

Kasih dan Cinta Lillahi Ta’la

Cinta, Kasih dan Sayang.. Niatkan Lillahi Ta’ala

Islam juga melihat perkahwinan itu sebagai ibadah. Sehinggakan hubungan intimasi antara pasangan juga adalah ibadah. Nah! Untungkan menjadi penganut agama ini?

Hampir sebulan lepas, aku mengikuti satu kursus pra-perkahwinan. Sekadar untuk mendapat ilmu walaupun kursus itu tidak menawarkan sijil dari autoriti yang sepatutnya. Alhamdulillah, bukan senang nak mendengar orang berpengalaman berkongsi cerita dan pengalaman yang sedikit peribadi. Suatu yang menarik adalah kenyataan salah seorang penceramah dari Singapura. Katanya “Perkahwinan itu adalah satu ‘perjudian’ yang boleh dimenangi”.

Perjudian itu biasanya kan berdasarkan nasib? Sebab itulah ia diharamkan! Tapi ada juga ya perjudian yang pasti dimenangi?

Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku? Tidak ada kan?. Kita tidak pernah tahu itu. Kerana ia adalah ketentuan Allah di Luh Mahfuz, yang tercatat sebelum kelahiran kita lagi. Walaupun hakikat itu sukar ditanggap rasio kita yang maha lemah ini, tetapi hakikat itu teramat mudah bagi Allah Ta’ala.

Itukan pasrah namanya? Berserah pada Allah setelah berusaha meminta redhanya lewat istikharat mahupun solat hajat. Kita perjudikan masa depan untuk bersamanya. Tetapi Islam sebagai ‘way of life’ telah memberikan garis panduan bagaimana mahu memenangi ‘perjudian’ ini. Kajilah Al-Quran dan Sirah Rasulullah. Anda akan mendapat panduan bagaimana membahagiakan isteri, bagaimana pula si isteri menjadi permata hati suami. Teringat satu lagi Hadith Nabi yang mafhumnya: yang terbaik antara kamu ialah yang paling baik kepada pasangannya dan keluarganya.

Mengambil Rasulullah sebagai model, tentu ramai yang berazam untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah. Syabas! Anda telah memulakan hidup berkeluarga dengan niat yang baik. Pernah kusuarakan kebimbanganku kepada seorang sahabat yang insyaAllah akan menjadi suamiku. Kebimbangan akan pelbagai kelemahan diri, kecacatan pada peribadi, kekurangan ilmu. Takut nanti gagal menjadi isteri yang baik.

Jawapannya ringkas “Usahlah berimpian tinggi-tinggi sangat mahu menjadi suami soleh atau isteri solehah. Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah kekurangan satu sama lain. Apa kalau nanti kita bukan suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang yang baik? Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”

Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman yang tipis iman. Teruslah berusaha memahami perbezaan dan menerima kelemahan pasangan anda.

Berkahwinlah!

Mendamba Sakinah, Mawaddah wa Rahmah”

Kembali kepada cerita pasangan tadi. Memang mereka pasangan istimewa. Anda tahu kenapa? Mereka cacat penglihatan! Sudah tentulah perkahwinan itu bukan didasari kecantikan fizikal. Mereka tidak mampu melihat dengan mata. Tetapi hati mereka bersatu kerana mereka memiliki cinta kasih sayang yang dilihat dengan mata hati.

Pasangan itu turun di KL Sentral. Walaupun mereka telah turun, saya masih berfikir-fikir. Semoga mereka bahagia selamanya. Saya dan anda yang membaca artikel ini pun mampu bahagia. Selamat berbahagia!

HuRRiYYati
MCIIUM PJ, 12.03 pm., 14 Jun 2005

(nota: artikel ini diambil dari http://www. muhtarsuhaili.com dengan memohon izin dari penulis email dan juga tuan empunya blog. Semoga ianya dapat dikongsikan bersama pembaca yang lain)

Wednesday, May 20, 2009

SAHABAT DAN ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini
Kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tetapi dalam bersendiri
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat
Begitu juga dia…............

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita

Kita rasa diri kita dikhianati apabila sahabat kita memungkiri janjinya
Kita tak pernah beri dia peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar
Kita hamburkan ayat-ayat pedas kita tanpa mengira perasaannya
Kita tolak ke tepi segala alasan yang diberikannya pada kita
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri

Oh…manusia mudah lupa…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana janji kita yang tidak ditepati…
Kita beri dia beribu-ribu alasan
Kita paksa dia menerima alasan kita…

Waktu itu, langsung tidak terfikir bagaimana perasaan dia
Kecewakah dia? Marahkah dia?
Ah…yang penting, kita puas…kita terus lupa, yang dia juga seperti kita…
Punya perasaan…dia juga tahu erti kecewa tetapi kita sering terlupa!


Teman sekalian…

Untungnya andai punya sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita suka atau duka
Dia mendengar segala keluh kesah kita. Kita luahkan segala suka dan duka kita pada dia
Walau panjang sekali luahan atau cerita kita padanya
Dia tetap terus setia menjadi pendengar yang prihatin
Terus mendengar dan mendengar

Selalunya kita leka bercerita tentang diri kita sampai kita lupa
Bahawa dia juga punya cerita yang ingin dikongsi bersama kita
Pernahkah kita menenangkan sahabat kita seperti mana dia menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita apabila mendengar cerita gembiranya
Seperti mana dia tekun mendengar kisah kita?

Mampukah kita menjadi inspirasi kepada dia
Seperti mana dia selalu meniupkan semangat kekuatan buat kita
Apabila kita berasa kecewa dan menyerah kalah?
Mampukah kita?

Sesekali jadilah teman yang mendengar dari hanya bercerita…
Ambillah masa untuk menyelami hati dan perasaan sahabat kita
Kerana dia juga seperti kita
Insan biasa yang tak lepas dari rasa
Sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya

Dia juga ada kelemahan tersendiri yang kadang-kadang antara kita sedar atau tidak
Dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan
Untuknya melayari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka

Kita selalu melihat dia ketawa
Terbayang-bayang wajah gembira dia
Tapi sedarkah kita
Mungkin di sebalik tawa-ria itu terselit satu kedukaan di hatinya?
Mungkin juga dia tak setabah yang kita sangkakan?
Siapa tahu…

Di sebalik senyumannya itu
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu…

Tetapi
Jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia
Mungkin kita akan tahu…

Teman…

Indahnya andai punya sahabat seperti itu
Tetapi, masih adakah seorang sahabat begitu?
Yang setia tak kira suka atau duka…

Namun, teman…

Sahabat yang benar-benar sejati memang payah untuk dicari…
Yang setia tika suka dan duka
Bergembira bersama dan berduka pun tetap bersama…
Bukan bila berduka, semua lari…bila suka, baru cari…
Ruginya andai punya sahabat begitu…

Jadi,
Pilihlah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat…

Pencarian tak semudah yang disangka
Mengambil masa yang lama andai kita inginkan yang sempurna…


Muhasabah diri kita kembali
Layakkah kita bergelar sahabat?
Dalam perjalanan yang masih belum selesai ini
Aku juga bukanlah seorang sahabat yang sempurna...

Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan
Aku seorang sahabat yang benar-benar layak digelar seorang sahabat…
Kerana aku hanyalah manusia biasa…
Yang banyak kelemahan dan kekurangan tersendiri...

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

CEMBURU PERLU DALAM HIDUP KITA TAPI BUKAN SAMPAI MENYUSAHKAN HIDUP KITA.

p/s: entri ni aku ceduk dari pelbagai artikel n harap boleh share ngan kengkawan

Tuesday, May 19, 2009

HUBBY AKU...

hehehe...kat fort cornwallis
Masa balik dari Sungai petani...aku yang jadi tukang sakat HB n anak2
Kat padang kota lama...cantik kan view kat belakang tu

Malam ni tetiba r plak rasa nak citer sal my lovely HB aku. Hhmmsss, sekejap je rasanya dah 17 tahun aku idup ngan dia. Aku kenal HB aku ni masa aku lower six lagi, tp x terlintas plak akhirnya dia jadi HB aku. Dia smpai kat tempat aku pun sal kena posting. Kenal 1987, aku kwen tahun 1991. Kira lama gak r kenal dia tp masa tu x da pun bercinta , setakat tegur2 gitu je. Masa ni aku x tau sal pe aku memang x suka sangat dia. Tapi mungkin dah jodoh kot, bila aku sambung belajar kat Kl, HB aku plak kena kursus kat KL gak. Hehehe, masa ni r tiap2 minggu dia g cari aku kat hostel. Masa kat KL gak la dia ajak aku kwen, huhuhu...masa ni confuse coz sebelum aku sambung belajar janji pas abis belajar.... tetapi tiba2 plak ajak aku kwen je walopun baru je sem 1. Ntah arr, aku pun malas nak fikir panjang2 coz family sume mcm dah suka sangat kat dia n sume pun dah setuju so cuti je sem 1 aku mengadap pak imam....MAKA BERGELARLAH AKU SEORANG ISTERI DAN PELAJAR.
Masa ni aku nampak kejujuran n keikhlasan dia. Akhirnya tahun 93 aku tamat belajar dan telah BERGELAR IBU. 7 bulan HB aku jaga anak sulung aku, masa ni mak aku yang banyak tolong dia. Masa kakak lahir, aku di tahun akhir......rindu kat anak masa tu Tuhan saja yang tau, hari2 menangis je..huhuhu.
Tahun 97 HB aku diarahkan brtukar ke KL plak, mulanya aku x ikut coz dengan harapan HB dapat pindah ke kampung aku semula. Tapi selepas tu zaman gawat n segala pertukaran dibekukan, so 99 aku pindah gak ke KL bersama 2 orang anak. Bermula kembali kehidupan di perantauan dengan seribu satu dugaan, pahit, manis n macam2. Alhamdulillah, kami dapat lalui dengan tenang. Tahun tu jgak aku dpt kembar, masa ni syukur sangat coz HB banyak bantu aku meringankan penat aku sepanjang hari. Tahun 2003, aku dapat sorang lagi baby pompuan. Anak aku yang pompuan banyak ikut HB. Tapi ok gak arr, coz HB aku ni putih n memang mcm cina sket so anak aku yang pompuan ikut gak la kulit putih mcm HB gak...hehehe.
Hmss, kalo dalam pantang memang dia arr ngasuh aku mcm budak2, tolong mandikan aku n siapkan aku. Huhuhu.......Paling aku x boleh lupa pasal dia......hehehe, dia lah tukang tulis buku ringkasan mengajar aku. Dulu rancangan tahunan kena tulis tangan, x leh photostat....aku ni memang malas kalo nak tulis banyak2 ni so dia arr amik tugas aku jadi tukang tulis. Kadang2 sampai kul 2 3 pagi dok tulis. Ya la kena tulis tu banyak. masa cuma bagi 2 minggu je. Terima kasih ek coz abang banyak tolong ummi.
Aku rasa kalo mati idup balik pun aku dah x jupe HB mcm dia, leh tahan ngan majuk yang kadang2 tahap gaban gak...hehehe. X pernah sekali dia lupa birthday aku n our anniversary. Kadang2 siap buat surprise birthday lagi. Dia dah tahu aku ni memang giler perfume so setiap kali balik out station esp kalo out station kat oversea, mesti dia wat balik perfume untuk aku.
Dah letih nak tulis arr, ya lah 17 tahun punya sejarah n mcm2 suka duka wei.....3 hari x abis kalo nak tulis ni.
Dan kini aku x sabar nak balik KL semula. Insyallah ujung tahun ni aku akan pindah semula balik KL. Aku doakan rumahtangga kami kekal ke hujung nyawa...INSYALLAH.......

Sunday, May 17, 2009

TAG DARI JEBAT N RED LAGI....HUHUHU

1. Do u think u're hot....
  • huhuhu...hot...hot.......bila aku kena kaco memanglah boleh hot tahap gaban gak. Maksud aku kalo ada yg dok fitnah aku atau ckp bkn2 sal aku....hehehe
2. Upload ur fav pic...

3. Why do u like that pic?
  • Naper ek? Aku suka tempat tu, tenang n view dia cantik. Kebetulan plak ari tu kira 1st time sampai walopun kat kg sendiri. Yang paling best sebab gambar family aku arr, cuma phia je majuk masa ni sebab tu x da dlm gmbar.

4. When was the last time u ate pizza?

  • Minggu lepas, tp delivery je........sebab malas nak kuar....

5. The last song u listen to...

  • Apa lagi...right here waiting dari Richard Marx arr, memang hari2 aku dgr lagu ni....

6. What r u doing rite now beside this?

  • Baca novel...Bila Cinta Bertasbih jilid 2

7. What name u prefer beside yours?

  • eja/ja/za/zai

8. People to tag:

  1. Ida
  2. BM
  3. Sara
  4. Abe
  5. Hajjar

9. Who is no 1?

  • Anak sedara aku yang kat UK sekarang, rindu sesangat nak kumpul mcm masa dok kat KL dulu....huhuhu

10. No 3. is having relationship with?

  • hehehe...teka arr sendiri...hehehe. Dia ni aku anggap macam cikgu aku kat blog ni

11. Say something about no 5

  • Hmmmss...kenal kat ss tapi x tau la mcm mana aku boleh rapat ngan dia, selalu jadi tempat dia ngadu n aku selesa ngan dia....kira mcm adik2 aku arr.....

12. How about no 4

  • Owh...yang ni, of course my lovely son yang kadang2 manja n suka majuk mengalahkan adik2 dia

13. And no 2.

  • Ni pun kwn kenal kat ss gak, selalu gak sembang n buat lawatan berkala kat blog masing2.....hehehe

Wednesday, May 13, 2009

TAG DARI JEBAT, KAY N RED

Arahan tag :
1. Anda perlu print screen wallpaper kat dekstop yang sedang anda gunakan..
  • huh...naik berpeluh n binau bijik mata aku nak copy balik nih...huhuhu

2.Bagitahu kenapa anda suka wallpaper ini
  • aku memang suka bunga tulip, x tau knp....dari dulu2 lagi berangan nak amik gmbar kat ladang tulip..wakakaka.bila tu? Wallpaper ni 3 hari skali aku tukar kot...hehehe
3.Sila tag 10 orang rakan anda
  1. SARA
  2. IDA
  3. BM
  4. HAJJAR
  5. ABE
  6. MEJAH
  7. ALIYA
  8. ZALISA MAZ
  9. AIZA
  10. ARNIRINA

NASI KERABU

Hehehe..ni menu ari ni...nasi kerabu beb....
Ni kira nasi kerabu malas arr, coz x byk aksesori.....bz wei, dah siap cer gini pun kira ok la tu...huhuhu

Rasanya dah lama sangat x wat nasi kerabu ni...huhuhu, bila igt sal aksesori dia yang macam2 tu kdg2 naik rimas gak..huhuhu. Walo apa pun hari ni kira malas2 pun jadi gak arr nasi kerabu.
Kalo nak best ada daging bakar ke, solok lada, ikan goreng tepung n bawang jeruk..huh..baru arr best.....tapi x pe la, kira gian anak2 nak makan nasi kerabu dah lepas.
Anak2 aku ni biasanya sambil balik sekolah, kat atas keter dia orang akan tanya "HARI NI UMMI MASAK APA EK?". Pastu dia akan sambung lagi "KALO ESOK MASAK NI....MASAK TU, BOLEH X?". Huhuhu... insyallah sedaya mungkin aku akan cuba masak apa yang mereka nak makan. LAgipun aku x da la pening kepala nak pk nak masak apa......hehehehe. Resepi nasi kerabu ni macam mana ek.... sama gak aku ni sume style cmpak je...

BOLOGNAISE SPAGHETTI VERSI AKU

Ni antara makanan kesukaan anak2 aku walopun ori darah melayu
Spaghetti ni aku wat minggu lepas tp x smpat nak post kan coz dah banyak sangat bende2 yg tertangguh sebab bz yg melampau ari tu. So bende2 ni sume aku simpan je dulu tunggu free sket baru ler boleh post n share ngan kengkawan. Spaghetti ni antara makanan kegemaran anak2 aku. Dia orang kalo masak spaghetti x blh sket coz dia orang x kan makan nasi untuk satu hari tu. Kira satu hari makan spaghetti je lah, senang gak kan keje aku....sekali masak je...hehehe.
Aku sendiri pun x igt mula2 aku reti makan makanan itali ni. Tapi yg aku igt mula2 aku belajar nak buat sendiri, aku belek buku resepi kot. Try2 buat je lah.......
Pastu ada la aku tanya la sapa2 yang jenis kaki masak n adjuz2 sendiri arr plak.... so ni kira resepi versi aku arr.....nanti boleh lah sapa2 nak cuba wat plak, nanti korang boleh la share resepi korang punya plak kan...hehehe
(resepi aku ni biasa arr, sume main anggaran jerk......)

500gm Daging cincang (biasanya aku beli je yg Ramly tu, senang sket keje aku)
2 atau 3 labu bawang besar - potong dadu kecik2 (jgn plak kecik sangat, agak2 arr)
2 atau3 biji biji buah tomato -potong dadu gak ni
1 tin tomato jeruk(dices tomato)
1 tin tomato puree - yang sederhana
4 atau 5 sudu sos spaghetti (perisa traditional)
5 ulas bawang putih - cincang

butter / minyak zaitun untuk menumis
oregano - yg mcm daun kering tu (kalo serbuk x best)
italian herbs - sama gak yang dikeringkan bkn yang serbuk)


cara nak masak:
Panaskan minyak zaitun/butter. Masukkan bawang putih sampai kekuningan n dah wangi, masuk bawang besar dan tomato yang dah potong dadu tadi. Biar lama sket, kemudian baru masuk daging, agak2 daging macam dah masak sket, masukkan tomato puree n tomato jeruk tu (kalo x suka masam kurangkan tomato ni). Last skali baru masuk sos spaghetti 4 atau 5 sudu. Bubuh la garam sket, agak2 korang arr....

Spaghetti tu biasa r rebus la dulu, ada org suka letak minyak zaitun sket n garam. Ada org mnyak zaitun saja. Aku kdg2 x letak apa2 pun.....so suka hati korang la. Kalo x bg melekat tu bila dah kembang n pas angkat korang terus je lalukan spaghetti tu kat air smpai sejuk.

Bila dah siap n nak makan taburlah chesse kat atas tu baru lah sedap.......

Monday, May 11, 2009

MAJLIS H I-TEA BERSAMA NAIB CANSELOR

Huhuhu....teruja gak masa mula2 dapat kat jemputan ni
Maybe ni kira hari terakhir ramai-ramai gini pas 3 tahun kat sini

Hahaha..yo yo oo je g panjat bukit dok posing, wat lawak jerk
Kalo nampak kat depa tu aku mai dok posing sini, sah sah kena hambat.....mana taknya abis patah pokok comel2 tu kena pijak...hehehe
Ni ngan kengkawan selepas hi-tea
Ngan Leen. Ita N Maz kat lobi DTSP
Ngan Leen, Chah n Ita kat depan DTSP

Masa mula-mula Wani bagi kad jemputan tu n baca sekali imbas je....huhuhu terharu arr jgak. Kejap je pastu pakat gelak ramai2, betul ke? Macam x caya je, semua school dapat jemputan tu tp bukan sumer student dapat beb..... Yang paling terharu bila baca tang ayat:
Naib Canselor
dengan segala hormatnya menjemput
....................................................
ke majlis Hi- Tea pelajar cemerlang USM
bersama Naib Canselor


Mana x teruja wei, belajar ntah apa2...kalo rajin tu x per gak, tetiba dapat invitation macam ni mula arr x caya. Sebab tu la aku n kawan2 dok ketawa je, macam kelakar pun ada.
Majlis ada la kat 2 jam gak, citer sal nak sambung2 study lagi, sal sponsor, prosedur n macam2 arr.
Abis je majlis, sumer pakat dok amik gambar coz ni maybe hari last bersama kengkawan. Pasni sumer dah kuar praktikum. Jauh-jauh plak tu, memang kira dah x da masa n peluang nak jupe n sembang macam dulu2 dulu lagi dah pas ni. Hhhmmmssss..... yang ada kenangan je lah kat sini, merantau ngan seribu harapan n semangat, pahit, manis, suka, duka...pendek kata macam2 rasa arr ada....huhuhu

Saturday, May 9, 2009

DALAM TERPAKSA KE SEMINAR BTN

Seminar Bina Negara... salah satu syarat la kiranya
Sempat lagi posing...hehehe
Ngan kengkawan masa majlis BTN kat DTSP

Huh....hari ni memang malas yang amat-amat nak pergi, tapi x pergi jap g jadi hal plak coz nama sume dah register. Mula2 daftar, kata sumer wajib n aku imagine macam kem bina semangat yang dulu2....huhuhu....cuak sangat2 mengenangkannya. Tapi masa g confirm n tandantangan pengesahan ari tu baru tau cuma seminar je....
Start kul 8 pagi lagi, masuk dlm dewan dah penuh ngan manusia.......nak cari tempat pun susah. Arghhhhh..... dengar pot pet pot pet dari penceramah, macam syahdu je.....pe lagi mata pun dah berat semacam wei. Sian gak kat penceramah ni, dia dok pot pet pot pet kat depan, tapi student kat belakang ni dok pot pet pot pet gak...huhuhu.
Hmmmsss....sampai kul 5 ptg tu kena dok dalam dewan dengar depa pot pet, kedatangan plak amik pagi petang. Memang x da peluang nak ponteng arr........Hehehe....akhirnya abis gak la dengan sesi soal jawab yang agak panas. Masa ni la baru nampak macam semua excited sket nak engar. Abis je, aku n kengkawan sempat lagi tu dok amik gambar.... xtvt biasa gang kami..hahaha

Friday, May 8, 2009

SUKANEKA TKM

Masing-masing suspen dok tunggu kwn2 abiskan game
Phia n abang kembar dia...Harriz n Hannis
Masa ni pakat excited tunggu nak start game
Tunjuk ladybird dia kat tangan...hehehe
Phia n the gang.....Anis n Aisyah
hahaha........nasib baik la x tercekik,
Phia soh aku pegang tali tu tp x pasan la plak dah tertarik gitu
Ni pakat dok tunggu nak marching, ikut giliran

25hb April 2009, hari sukaneka Tadika Koperasi Minden (TKM). Phia...anak aku yang bongsu (betul ke bongsu ni, hehehe) ni sek kat sini sejak umur 5 tahun lagi. Aku anta dia lebih kurang kul 8.00 atau 8.30 pagi. Dia akan belajar kat tadika smpai kul 12, pastu akan ke sekolah petang pulak, dekat situ gak la...cuma block je lain. Mandi, makan n tido.....start belajar balik kul 3 petang. Belajar solat, mengaji, doa n macam2 lagi. Petang ni kira macam kelas agama arr. Kul 5.00 petang baru abis. So masa dia kat sekolah setiap hari dari jam 8.00 pagi hinggalah 5.00 petang. Kalo nak ikutkan sian gak kat dia, tp rasanya sume ni pun untuk masa depan dia gak.
Masa hari sukaneka tu kelas dia ada 2 game, lari dalam guni n match healty food kat board yang dah disediakan. Tp yang aku perasaan masa game ni anak2 relax je, mak ayah yang excited sangat kat tepi. Sume pakat sokong kelas anak masing-masing...huhuhu. Suka bukan main phia bila dapat medal, ya la ni first time dia main sukan n dapat medal plak tu. Mungkin ni antara kenangan dia arr bila besar nanti sepanjang 2 tahun dok kat Penang. Insyallah ujung tahun ni selepas Abe abis PMR n majlis graduation semua akan balik KL semula n teruskan sekolah di KL balik.........

Tuesday, May 5, 2009

LAKSA KELANTAN

Ntah la ari tu tiba2 je teringin nak makan laksa kelantan...ya la balik kampung pun x sempat nak makan..huhuhu. Kira ari tu lepas gak la kempunan, n sempat pulak tu panggil kawan2 n jiran2 aku mai makan kat umah aku. Kira ari tu tetamu smpai malam arr ada lagi. Tapi aku lupa nak amik gambar masa derang mai umah, jadi aku post gambar laksa je lah kat blog ni. Kat bawah ni aku letak jer resepi dia ek. tp aku ni bila masak sytle campak je...sume main agak je...

KUAH LAKSA:
2kg santan
2kg ikan(aku kalo wat laksa kelantan suka pakai ikan mata besar tu coz kuahnya putih n cantik arr sket)
1 inci halia
Bawang merah 1/2kg (lebih kurang arr)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
Sekeping Asam gelugor
garam n gula secukup rasa.

CARANYA:
Rebus atau kukus ikan tu, kemudian asingkan dari tulang sumer, mesin arr ngan bawang, halia n santan tu. Tambah ler air agak2 arr, tp jgn sampai cair.(laksa kelantan kalo kuah cair x sedap) Aku suka tambah ngan air yang mendidih coz kuah dia nanti tahan lama sket. . Pastu letak je atas api yang sederhana, masukkan terus asa keping, garam n gula. Kaco x leh berhenti wei, jap g kuah dia jadi x elok kepala santan sumer dok atas..hehehe.

ULAM N AKSESORI:
Daun kesum
bunga kantan
taugeh
timun batang
daun serai kayu
kacang panjang
(sumer ni potong halus2 mcm nak wat kerabu arr kecuali taugeh tu)
belacan, garam n sambal lada kering.


SENATOR HAJJAH HAFSAH DALAM KENANGAN

Gambar ni sebulan sebelum beliau kembali kepada penciptaNYA
Ni masa arwah sihat lagi, we all cuti-cuti Malaysia kat Langkawi
Arwah ngan Che Dah, Min, Muin n Nurin

Hmmss.... dah lama sangat aku x update blog ni. Sepatutnya dah boleh update pun ari tu tp aku nak wat ikut urutan citer aku so kena tangguh sampai Min anta gambar Mok Soh kat aku.
Balik dari Jogja 22hb, smpai di Penang subuh 23hb. Dan kul 2 ptg 23hb tu aku dapat call bg tau Mok Soh dah kembali ke rahmatullah. Memang terkejut sangat, tetapi nasib baik waktu tu aku dah smpai Malaysia. Kalo x mesti aku nyesal seumur hidup.
HB x leh ikut aku balik kampung coz out station kat Sabah. Kakak n Abe pulak ada exam ari tu. Aku pun kalo nak ikutkan ada kelas gak. Huhuhu, aku call Che Dah n Hamka bagi tahu aku balik drive sendiri bersama ma, kembar n Fariha. Dah la kat kul 5 pm aku bertolak, hujan pulak tu. Terpaksa lah kuatkan semangat gak. Memang sepanjang jalan especially kat highway timur barat tu hujan x berhenti ngan kabus tebal lagi. Aku first time drive balik kampung sendiri. Penat balik dari Indon, pastu dari KL ke Penang pun aku rasa masih x hilang lagi.Huhuhu....
Sampai Kota Bharu dah kul 10 malam, adesh...aku boleh sesat kat bandar tu, punya la lama aku x balik sampai boleh sesat kat kampung sendiri. Tapi memang aku x da rezeki nak tgk wajah arwah untuk kali terakhir. Aku sampai tu, jenazah sedang dikebumikan. X pe la, aku doakan arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Arwah ni kalo nak dikirakan nenek saudara aku, tapi oleh kerana nenek kandungku meninggal waktu mak aku masih budak2 lagi so dia ni dahkira ganti macam nenek aku arr. Tp semua sepupu sepapat n sedara mara panggil dia ngan nick "MOK SOH". Dari aku kecik sampai la aku kahwin n lepas kahwin pun dia lah yang banyak menyusahkan diri dia untuk aku.huhuhu....
Aku kagum sangat dengan semangatnya. Walopun sekolah x tinggi mana, tapi fuh..otaknya bergeliga beb.....paling hebat dengan kelulusan yang x tinggi mana tu, dia dilantik sebagai Senator. Respect giler tu....
Pastu semua benda pulak tu dia reti dari masak, menjahit, berkebun.....argh..macam2 arr dia boleh buat. Aku ingat lagi kalo masa kecik2 dulu sapa pemalas siap arr kena leter. Ngan dia jalan pun kena ayu je, kalo ada tetamu lagi arr kena jaga. Kalo time basuh pinggan, kena pinggan tu accident sama sendiri....fuh, tunggulah ayat power.... pompuan pe wat keje ganaz2..hehehe.
Tapi bila dah ujung2 usia dia, dia start nyanyuk..hhmmsss sedih pun ada coz kadang dia ingat, kadang2 lupa terus sapa kita nih. Dan pnyakit dia makin teruk sehinggalah di akhir usianya.
Banyak kenangan suka, duka, pahit, manis aku bersama arwah. Kalo aku ak citer sume x muat blog nih..hehehe. Aku doakan semoga roh arwah bersama dengan orang-orang yang beriman.AMIN....