Showing posts with label SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label SAHABAT. Show all posts

Monday, October 26, 2009

PATUT LERRRRR......



Salam sumer,
Kenapa akhir2 ni aku asyik dpt brite yg x best je....cuak jgak. Biasanya k.ida (kakak angkat aku) paling lama pun 3 hari x sms atau call aku. Tp ni dia snyap dr mlm aku nak balik png ari tu smpai la semlm. Semalam dah x larat nak pejam mata, tapi x jgak blh tido....dlm kul 3.30 pagi aku sesaja sms dia. Tanya knp lama dia senyap, ada ke aku trsalah cakap atau dia kecik ati ngan aku. Waktu tu aku x harap pun dia akan reply. Apa yg aku jangka sesudah subuh pg td dia akan reply. Huhuhu, tetiba aku dgr hpon aku brbnyi. Sms dr k.ida, bg tau dia accident kat kuala lipis mlm 21hb lepas. Memang trkejut badak aku. Biasanya apa2 hal mesti dia bg tau aku. Lalu dia anta mms gmbar keter dia pas accident. Nasib baik sumenya selamat n x cedera apa2. K.Ida...K.Ida....... antara org yg paling rapat ngan aku, seorang kakak dan seorang sahabat yang paling setia dalam suka dan duka. Love u akak.....mmuuaaahhhsssss......

Sunday, October 25, 2009

MACAM MIMPI JERRRR.....

Salam p sumer,
Ni kira mcm sambungan citer kat KL ari tu. Sepatutnya minggu lepas dah nak post n3 ni tp dok sibuk sal benda lain.

Masa aku singgah sek ari tu, aku dapat brite dari kak yam.... Ja dpt breast cancer.........terus aku terdiam. X tahu nak ckp per. Sebelum ni dah byk kali Ja cntc nak jupe aku, tp ada je halangannya. Cuma yg paling aku masa last dia call aku tanya aku kat mana, dia ckp dia nak jupe sgt2 ngan aku. Memang masa tu aku balik KL tp kebetulan plak aku kat Langat. Aku ckp nnti ptg or mlm g umah aku tp dia ckp dah nak balik Temerloh. Selepas tu dia trus senyap, n aku pun senyap gak. Sms x, call pun x.

Bila dah dpt brite mcm tu, aku trus sms sueza tp x reply2. Rasa mcm dah x sabar nak tahu jgak, aku kuatkan semngat call dia. Tp aku dah pk benda yg aku akan ckp mula2 adalah pasal aku nak kena pindah SP. Dia trus tnya aku kat mana, bila ckp aku kat KL dia bg esok blh arr jupe coz dia nak g HUKL. Tp dia tlupa soknya selasa, hari yg dia nak dtg tu rabu...aku dah balik png mlm tu...
Ja : Akak dah tau kan pasal Ja?
Aku : Betul ke apa yg akak dgr tu?
Ja : betul la tu, byk kali nak jupe akak tp slalu x berkebetulan.
Aku : ah,ah, ari ni baru akak pasan knp Ja nak sgt2 jupe akak.
Ja : Masa nak jupe akak tu, selepas dah cnfm n nak wat mastektomi, pastu trus wat kimo...bla..bla..bla.....
aku : Ja, sori byk2 coz slalu je x kebetulan...
Ja : x pe, Ja faham lagipun kita dah makin jauh, tp dekat kat hati kan?
Aku : ah,ah,..... x pnah lupa pun walopun dok jauh... (aku sbnarnya lebih byk pk tentang dia)
Ja : Akak, 21hb ni Ja start wat radio terapi, doakan Ja sembuh ya. Insyallah kalo panjang umur kita jupe ya kak.....
Aku : Insyallah Ja, akak sentiasa doakan....

Masa ni jgak aku dah x dpt tahan air, aku dgr suara dia cukup tabah, Dlm usia 37 tahun, dia cukup kuat untuk lalui kehidupan dia.

Banyak kenangan kami semasa di sekolah lama, aku, ja, sueza, aya, dinos, nazri mmg agak rapat. Umur pun sume lebih kurang je n smpai ari ni pun mmg sentiasa berhubung. Cuma jarak n waktu yang sentiasa tidak memberi ruang seperti dulu. Kalo dulu byk join xtvt keluarga sama2, tp skrg sume tu dah tinggal kenangan. Aku kat penang, Ja kat temerloh, Sueza kat Melawati, Aya kat Melaka, Dinos kat Klang n Nazri masih kat KL tp dah ke JPWP.

Aku sentiasa doakan kalian sentiasa dalam barkahNYA....insyallah