Wednesday, September 16, 2009

AKU NAK TEPEK GAK...HEHEHE


Rendang sotong


Air asam cicah ngan terung bakar.....
Terung bakar yg dah siap di buang kulit
Daging Goreng
Ikan apri bakar ngan sambal
Ayam masak merah

Salam Ramadhan,
Sebab dah lama tinggal blog, n aku pun dah jarang snap pic masa bln pose ni. Ya la ngan kalut2 kdg2 byk benda yg trlupa la wei. Apa pun ada ler 2 3 keping pic yg masih aku simpan kat hp... so ari ni aku main tepek je. Nak citer2 dah malas....layan pic udah la yer. Kalo nak tgk masak yg best2 tu jgk je blog kengkawan aku yg ada link kat blog aku tu. Aku mmg tabik spring kat depa ni sume....memang rajin masak tahap gaban arr walopun sibuk...huhuhu

Monday, September 7, 2009

SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN

,Permata hati aku....fakhira, harraz, harriz, hannis n fariha
Ma, HB n anak2 aku selepas majlis konvokesyen
Wani, sepanjang 3 tahun dia ler sahabat aku yg boleh kongsi suka duka
Ika, x-roomate aku semasa sem 1 di 2nd year..sumenya tinggal kenangan


Salam ramadhan,
Aku menyambung kembali n3 aku yang asyik tersangkut2. Hmmssss..... pic ni kalo nak kira dah lama sangat pun, tapi aku tepek gak la kat sini coz ni kenangan aku yang terindah...hahaha.
Akhirnya pada 15hb Ogos 2009 ari tu, dapat arr aku merasa majlis konvokesyen yg pertama dlm hidup aku. Konvo kat maktab aku x merasa coz dalam pantang bersalinkan anak aku yg ke2.

Kalo aku imbau balik kenangan aku disini, rasanya mcm x sanggup nak lalui. Bermula tahun 2006, tahun pertama aku di Melaka. Masa ni aku rasa ok lagi coz dekat untuk aku ulang alik dr KL-Melaka. Bila dipindahkan ke Penang, pada sem prtma aku masih brtahan dgn tinggalkan anak2 aku di KL. Tuhan saja yg tahu, penatnya aku nak ulang alik walopun sminggu skali. Sorg2 plak tu drive, kdg2 mlm2 buta pun aku gagah jgak balik esp bila dgr anak aku x sihat ataupun HB aku out station. Walopun mak aku ada ngan anak2 aku, tp jiwa aku x tenang gak kalo x nmpak mata mereka....huhuhu.

Masuk sem ke2, jan 2008 aku pindahkan kesemua anak2 aku ke penang. Itu pun selepas puas berbincang ngan HB n merayu kat dia...huhuhu. Waktu nilah kesibukkan aku kdg2 jadi tahap maksima coz sume aku kena uruskan sorg.....bermula dengan hantar n amik dia org kat sek, makan, minum, pakai n segala2nya terpaksa diuruskan. Mana lagi dengan kelas aku, tutorial n assignment yang melambak nak dibereskan. Waktu ni aku rasa paling lama dalam satu hari aku hanya tido 3 jam sehari. tetapi kdg2 ada jgak lgsung x tido dlm masa 24 jam. Bila nak xm lagi kelam kabut, org lain dah study giler2...... aku ntah mana2.....huhuhu.

Namun aku brsyukur sangat coz result aku x pernah kantoi n aku jgak blh perform sama gek ngan kwn2 yang lain. Aku rasa Allah banyak bantu aku, alhamdulillah..... Dan setelah 3 tahun jadi mahasitua(hahaha), akhirnya dapat aku segulung ijazah. Tu arr, muda2 dah kwen.....tua2 baru gatai nak study...hehehe.

Kini aku sambung balik tugas aku di penang utk sementara waktu. Sekrg dah siap isi borang tukar nak balik KL tahun depan,harap2 dapat...insyallah.

SOMTAM OH SOMTAM

Salam sumer,
Ni pun aku dah lupa bila aku snap. Somtam ni antara makanan fav aku. Tp nak wat x reti, reti mkn je...hehehe. Masa ni 1st time kuar dr pulau n g jenjalan kat seberang. Sampai sesat2 aku n anak2. Tp last skali jupe gak la Sunway Karnival ni. Patutnya lalu kot bridge lagi dekat tapi anak2 nak naik feri jadi mcm jauh balik arr. Sampai sini, ada tnampak festival mkn2 from thailand. Pe pagi trus g ngadap je la..... mcm2 mkn smpai mengah, hahaha. Tomyam kong , ABC , sume nak rasa je... tapi yg paling byk order somtam ni arr smpai 4 pinggan coz anak2 pun suka. Dah kenyang baru igt nak snap gmbar sebb tu arr dpt snap yg ni je coz yg lain dah selesai masuk dlm perut...Ika, nanti ajar akak ek ika dok belah sana mesti terer je wat benda ni ek.

GEMPAK NGAN H1N1

Salam ramadhan.....
Mula2 kesibukkan thap gaban aku bermula bila anak aku yg no. 2 demam. Aku dah g klinik n dia pun dah mkn ubat tp panas dia dr 37.7 meningkat ke 39.9 esoknya. Masa ni mula arr cuak coz aku sorg2. Riso ngan H1N1 bila dr kata tnda2 tu mmg ada n kena monitor selalu temp dia. Aku trus bwk dia g GH p.pinang, tunggu 3 jam tapi Dr mcm hampeh je. Hari ni anak2 yg lain dah start demam gak. Masuk petang sabtu complete 5 5 anak aku demam. Bila g spital dr kata suspek H1N1 coz tnda2 sume ada so kena kuarantin. Masa kuarantin ni x tau nak citer. Umah mmg mcm hospital. Seminggu tu mmg tido ke, mkn ke mmg x peduli. Sume temp mencecah 39 kecuali kakak je yg brtahan ngan 38. Mmg cuak giler masa ni coz HB plak outstation n x leh balik. Yang paling sedih bila aku mntak cuti dr sek juz dpt isnin sehari je, katanya aku baru lagi posting so x blh amik cuti lebih. Pagi selasa tu terpaksa gak pegi sek n tinggal anak2 mcm tu je, memang tawakal je masa ni. Alhamdulillah GPK bg balik awal bila aku mntak ngan dia. Walo apapun syukur sangat coz sumenya sihat seperti sediakala, selepas lebih kurang 10 hari dikuarantinkan.

TAK TAU NAK MULA DARI MANA.......

Salam ramadhan al mubarak untuk sume....
Mula2 sekali aku nak ucap byk2 terima kasih pada kengkawan bloger n jgak kawan2 yang lain yang x jemu2 jenguk blog aku walopun dah penuh ngan sawang. Aku mntak maaf banyak2 krn lama sangat tinggalkan blog aku x ber'update'. Thanx to maz, k.watie n syah yg selalu tanya kbar kita. Hajjar, thanx 4 calling n jgn riso dik akak sihat2 je..alhamdulillah cuma masa nak update je lum sempat. Sara, sorry byk2 coz x sempat nak jupe ari tu. Insyallah lain kali ada kesempatan kita jupe ek. Kalo yg aku x tersebut nama tu, mntak maaf byk2.... kdg2 aku sempat juz reply kat shout box je coz jenguk sesambil je. Insyallah, pasni ada kesempatan aku anta posting n citer balik knp aku hilang lagi...hehehe. Lama x menulis, mcm kekok pun ada gak