Monday, January 26, 2009

CEREBRAL PALSY

Kanak-kanak dengan spastik cerebral palsy

Cerebral Palsy akan kekal keakhir hayat individu


Jenis-jenis cerebral palsy bergantung kepada kerosakan bahagian otak


Menurut Kamus Netword, Cerebral Palsy bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu tidak berupaya untuk mengawal kekejangan sebelum dan selepas kelahiran. Kamus perubatan pula mendefinisikan Cerebral Palsy ialah kerosakan kawalan dan koordinasi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak. Secara umumnya Cerebral bermaksud ‘berlaku sesuatu pada otak’, Palsy bermaksud ‘masalah atau kelemahan dengan kawalan tubuh dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan’. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa Cerebral Palsy bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan oleh kecederaan otak.
Kebiasaannya, kerosakan otak bagi kanak-kanak cerebral palsy berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Hal ini disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan atau kekurangan oksigen. Pendarahan di dalam otak atau jangkitan menyebabkan berlakunya cerebral palsy. Adakalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak atau trauma membawa kepada cerebral palsy. Keadaan ini menjejaskan tona otot iaitu tahap ketegangan otot yang mengganggu pergerakan otot spontan dan melambatkan perkembangan motor kasar dan motor halus (Jamila K.A. Mohamed, 2006) .
Selain itu, cerebral palsy adalah berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutamanya kawalan otot dan koordinasi. Kejadian ini bergantung kepada faktor ketegangan otot, pergerakan tanpa diarah, gangguan dalam mobiliti, sensasi dan persepsi yang abnormal, kecacatan dalam penglihatan, pendengaran dan pertuturan dan sakit secara tiba-tiba (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Masalah lain yang timbul akibat kecacatan ini termasuk masalah pembelajaran, kerencatan akal, epilepsi, masalah pertuturan, kesukaran untuk makan, masalah deria dan lain-lain. Kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy yang ringan memerlukan ahli terapi bagi membantu mereka memperkembangkan kemahiran motor yang lebih baik. Manakala bagi mereka yang mengalami masalah ini pada peringkat yang sederhana memerlukan lebih banyak masa dan usaha bagi memastikan mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Mereka dapat berjalan tetapi dalam kadar yang lambat berbanding kanak-kanak normal.
Di samping itu, mereka juga memerlukan kerusi roda dan peralatan lain bagi membantu mereka bergerak. Bagi kanak-kanak dalam kategori teruk bantuan dalam aktiviti kehidupan seharian diperlukan. Biasanya mereka tidak dapat berjalan, berdikari atau bercakap. Oleh itu, pembelajaran bagi mereka adalah dengan melihat dan mendengar. Disebabkan mobiliti mereka yang terhad, kedudukan mereka perlu diubah dari semasa ke semasa (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Kanak-kanak cerebral palsy juga mungkin turut mengalami masalah lain seperti penglihatan, pendengaran atau pembelajaran. Namun hampir 40% kanak-kanak cerebral palsy mempunyai kebolehan kognitif yang normal atau lebih baik daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya. Ini menunjukkan bahawa ketidakupayaan fizikal dan komunikasi yang ada pada mereka tidak bermakna mereka mengalami kerencatan akal (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Biasanya, Cerebal Palsy terjadi sebelum atau selepas kelahiran seseorang bayi di antara tempoh kelahiran sehingga umur 2 tahun yang mana pertumbuhan otak pada peringkat bayi ini tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi atau adanya jangkitan atau pendarahan pada otak. Pada peringkat ini, biasanya bahagian serebrum paling banyak terjejas. Kebanyakan kes ini terjadi semasa berumur 2 tahun. Walau bagaimanapun, kerencatan otak jarang berlaku sehingga umur 7 tahun (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
Jenis-jenis Cerebral Palsy :
Terrdapat beberapa jenis Cerebral Palsy yang telah dikenalpasti antaranya (Jamila K.A. Mohamed, 2006) :
i. Spastic Cerebral Palsy
Ia merupakan jenis yang paling kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ’Cerebral Palsy’. Spastik biasanya melibatkan anggota sebelah badan sahaja (Spastik Hemiplegia Cerebral Palsy). Ia melibatkan bahagian lengan lebih keras dari kaki. Apabila berjalan tangan yang terlibat akan berada dalam keadaan membengkok dan kekerasan. Kaki yang terlibat akan menjadi lembik dan terpaksa dihayunkan lebih sedikit agar tidak terseret.
Kategori ’Spastic Diplegia Cerebral Palsy’ pula, melibatkan dua bahagian anggota badan. Penglibatan bahagian anggota tersebut berbeza-beza, yang mana ada yang terlibat secara minimum dan ada yang teruk. Kanak-kanak mengalami kesukaran untuk berjalan kerana otot-ototnya di bahagian pinggul merapat dan menyebabkan kaki masuk ke dalam serta menyilang seolah-olah seperti gunting. Secara keseluruhannya, kaki lebih keras daripada anggota tangan.
Spastik yang melibatkan keempat-empat anggota badan pula adalah ’Spastic Quadriplegia Cerebral Palsy’ yang mana kedua-dua anggota badan atas menjadi lebih keras berbanding dengan kedua-dua anggota kaki. Di samping itu, otot yang mengawal mulut dan deria rasa atau lidah juga turut terlibat. Kanak-kanak yang mengalami Spastic Quadriplegia’ ini juga biasanya mempunyai masalah kerencatan akal. Secara keseluruhannya spastik ini menyebabkan otot-otot dan pergerakan menjadi kejang iaitu mengalami kesukaran untuk menukar posisi dan bergerak. Kira-kira 50-70% Cerebral Palsy mengalami spastik jenis ini.
ii. Ataxic Cerebral Palsy
Spastik jenis Ataxic’ mempunyai koordinasi pergerakan yang lemah. Di sini kanak-kanak akan mengalami ketidakseimbangan tubuh dan posisi badan yang stabil. Kanak-kanak mungkin berjalan dengan lenggang-lenggok yang tidak seimbang dan mengalami kesukaran pergerakan atau koordinasi yang tepat serta kurang memberi tumpuan. Misalnya, semasa menulis. Kira-kira 10% kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy’ jenis ini.

iii. Athetoid Cerebral Palsy
Kanak-kanak yang mengalami Athetoid’ ini kira-kira 20% sahaja daripada keseluruhannya spastik. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan membuat pergerakan secara rawak yang tidak disengajakan untuk memegang benda atau barang. Mereka tidak dapat memegang atau melakukan sesuatu mengikut apa yang disuruh atau mengikut arahan. Contoh memegang berus gigi atau pensel.
Di samping itu, kadar otot-ototnya boleh berubah-ubah daripada terlalu ketat kepada terlalu longgar. Kadang-kadang ia tidak dapat mengawal kestabilan pergerakan iaitu boleh menjadi perlahan dan cepat, tersentak-sentak atau menggeliat. Kanak-kanak ini juga selalu mengalami masalah untuk mengawal dengan baik untuk duduk dan berjalan. Ia juga memberi kesan kepada kawalan otot mulut dan lidah. Disamping itu, kanak-kanak ini juga sukar untuk bercakap, menghisap dan menelan.

Ciri-ciri Cerebral Palsy
Terdapat pelbagai ciri yang boleh dikenalpasti bagi ketidakupayaan Cerebral Palsy ini. Antara ciri-ciri tersebut adalah ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota badan seperti bermain, berjalan, makan, bercakap, berlaku kekejangan otot atau ketidakfungsian otot serta pergerakan yang tidak stabil.
Selain itu, kanak-kanak Cerebral Palsy ini mungkin mengalami kesukaran menggerakkan otot-otot yang diperlukan seperti lidah, bibir dan rahang serta kawalan nafas semasa bercakap. Seterusnya, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami proses pembelajaran yang agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal lain. Hal ini kerana, kanak-kanak ini mengalami kerencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan atau pengamatan motor. Di samping itu, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami ketegangan dan pergerakan yang tidak seimbang.
Ciri-ciri lain bagi kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy ialah sawan. Sawan berlaku apabila terdapat aktiviti yang tidak normal pada otak. Otak sentiasa menghantar mesej kepada badan untuk bergerak, bernafas dan memastikan jantung sentiasa berdengup. Oleh yang demikian, kejadian sawan adalah disebabkan oleh penghantaran mesej yang tidak normal pada tubuh. Sawan boleh berlaku pada bila-bila masa misalnya semasa sedang bercakap atau melakukan sesuatu sehingga berlaku kejadian tidak sedar diri dan mulut berbuih.

Punca-punca Cerebral Palsy
Antara sebab-sebab berlaku Cerebral Pasly ialah dijangkiti kuman rubella semasa dalam kandungan yang menyebabkan pembentukan otak yang tidak normal atau menyebabkan kerosakan pada otak. Di samping itu, kekurangan bekalan oksigen. Contoh plasenta tidak berfungsi dengan baik atau pecah pada dinding uterus sebelum janin menerima oksigen yang mencukupi boleh menyebabkan kerosakan pada otak janin. Gangguan emosi semasa ibu mengandung seperti tekanan perasaan, terkejut, pengambilan dadah, ubat-ubatan yang tidak mengikut peraturan yang betul, cubaan untuk menggugurkan kandungan juga menyumbangkan faktor yang berlaku kelumpuhan otak.
Perbandingan aliran darah normal dan abnormal yang membawa bekalan oksigen dalam saluran darah ibu.
Cerebral Pasly juga boleh berlaku semasa kelahiran iaitu kelahiran pramatang. Contohnya, berat bayi kira-kira 3 1/3 paun. Kes ini boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak yang menyebabkan kerosakan atau tisu otak menjadi lemah. Semasa melahirkan anak juga, ibu yang mengalami kesakitan yang luar biasa juga boleh mengakibatkan bayi lemas dan kekurangan oksigen. Kajian yang telah dibuat menunjukkan kira-kira 10% kesukaran kelahiran menyebabkan berlakunya Cerebral Pasly. Di samping itu, ibu yang mengalami tumpah darah serta kesukaran berhubung antara tali pusat dari uri turut mengakibatkan kerosakan otak bayi. Bayi yang mengalami penyakit kekuningan yang teruk atau jangkitan kuman pada selaput otak (meningitis) juga menyumbangkan kepada Cerebral Palsy.
Faktor selepas kelahiran juga boleh menyumbang kepada berlakunya Cerebral Pasly yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian selaput otak (meningitis) atau jangkitan kuman pada keseluruhan otak (meningoencephalitis).
Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada Cerebral Palsy iaitu penyakit RH. Penyakit ini adalah disebabkan ketidaksesuaian darah antara ibu dengan janin yang menyebabkan terjadinya Cerebral Palsy. Penyakit RH boleh dielakkan dengan memberikan RH negatif kepada wanita yang hamil iaitu suntikan darah yang dipanggil RH kebas globin semasa kandungan berusia 28 minggu. Manakala selepas kelahiran suntikan tersebut diberikan pula kepada bayi yang mempunyai RH positif.
Keganjilan pada kromosom juga merupakan faktor berlakunya Cerebral Palsy. Selain itu, masalah kesihatan yang melanda kanak-kanak turut menjadi faktor ketidakupayaan ini. Antara penyakit-penyakit tersebut adalah seperti meningitis, encephalitis, influenza dan mungkin demam akibat taun juga boleh menyebabkan kelumpuhan otak.
Faktor-faktor lain yang turut memberi kesan kepada kelumpuhan otak ialah berlaku kecederaan atau kemalangan pada bahagian kepala misalnya hentakan yang kuat. Di samping itu, sinar radioaktif juga turut menyumbang kepada kelumpuhan otak. Selanjutnya, faktor genetik turut berkaitan dengan kelumpuhan otak. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami kelumpuhan otak, maka risiko berlakunya kelumpuhan otak dalam kalangan kanak-kanak juga adalah tinggi.

4 comments:

  1. Assalamualaikum........ napa xley copy org nak... susa nak cari maklumat ni... bole ka sy tulis....? sya minta izin ni.. jgn mara dgn sy yah... ilmu 2 lebi bek d kongsi.. minta maaf.. sikit jak sya nak tgk..

    ReplyDelete
  2. thanks 4 information . mintak izin amik naa . ctrl+c :)

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya masalah CP ni boleh disembuhkan jika dirawat puncanya.Kepada ibu bapa yg mempunyai anak istimewa sila ke Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak untuk membantu anak anda pulih & normal seperti anak orang lain.Berilah harapan baru kpd mereka.Temujanji 019 6676236 -Dr Wan

    ReplyDelete
  4. cerebral palsy ni boleh dirawat sebabnya saya ada satu jiran yang anaknya mengalami masalah yang sama dan dia pergi buat rawatan dekat satu pusat akupuntur dan herba di KL. Now dh ada progress berjalan perlahan-lahan tanpa menggunakan alat sokongan. Nama pusat rawatan tu http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_CP_Cerebral_Palsy.html
    ni link one of the patient yang buat rawatan tempat yang sama https://www.youtube.com/watch?v=S3n2fk4OQFA

    ReplyDelete