Wednesday, May 20, 2009

SAHABAT DAN ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini
Kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tetapi dalam bersendiri
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat
Begitu juga dia…............

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita

Kita rasa diri kita dikhianati apabila sahabat kita memungkiri janjinya
Kita tak pernah beri dia peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar
Kita hamburkan ayat-ayat pedas kita tanpa mengira perasaannya
Kita tolak ke tepi segala alasan yang diberikannya pada kita
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri

Oh…manusia mudah lupa…
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana janji kita yang tidak ditepati…
Kita beri dia beribu-ribu alasan
Kita paksa dia menerima alasan kita…

Waktu itu, langsung tidak terfikir bagaimana perasaan dia
Kecewakah dia? Marahkah dia?
Ah…yang penting, kita puas…kita terus lupa, yang dia juga seperti kita…
Punya perasaan…dia juga tahu erti kecewa tetapi kita sering terlupa!


Teman sekalian…

Untungnya andai punya sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita suka atau duka
Dia mendengar segala keluh kesah kita. Kita luahkan segala suka dan duka kita pada dia
Walau panjang sekali luahan atau cerita kita padanya
Dia tetap terus setia menjadi pendengar yang prihatin
Terus mendengar dan mendengar

Selalunya kita leka bercerita tentang diri kita sampai kita lupa
Bahawa dia juga punya cerita yang ingin dikongsi bersama kita
Pernahkah kita menenangkan sahabat kita seperti mana dia menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita apabila mendengar cerita gembiranya
Seperti mana dia tekun mendengar kisah kita?

Mampukah kita menjadi inspirasi kepada dia
Seperti mana dia selalu meniupkan semangat kekuatan buat kita
Apabila kita berasa kecewa dan menyerah kalah?
Mampukah kita?

Sesekali jadilah teman yang mendengar dari hanya bercerita…
Ambillah masa untuk menyelami hati dan perasaan sahabat kita
Kerana dia juga seperti kita
Insan biasa yang tak lepas dari rasa
Sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya

Dia juga ada kelemahan tersendiri yang kadang-kadang antara kita sedar atau tidak
Dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan
Untuknya melayari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka

Kita selalu melihat dia ketawa
Terbayang-bayang wajah gembira dia
Tapi sedarkah kita
Mungkin di sebalik tawa-ria itu terselit satu kedukaan di hatinya?
Mungkin juga dia tak setabah yang kita sangkakan?
Siapa tahu…

Di sebalik senyumannya itu
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu…

Tetapi
Jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia
Mungkin kita akan tahu…

Teman…

Indahnya andai punya sahabat seperti itu
Tetapi, masih adakah seorang sahabat begitu?
Yang setia tak kira suka atau duka…

Namun, teman…

Sahabat yang benar-benar sejati memang payah untuk dicari…
Yang setia tika suka dan duka
Bergembira bersama dan berduka pun tetap bersama…
Bukan bila berduka, semua lari…bila suka, baru cari…
Ruginya andai punya sahabat begitu…

Jadi,
Pilihlah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat…

Pencarian tak semudah yang disangka
Mengambil masa yang lama andai kita inginkan yang sempurna…


Muhasabah diri kita kembali
Layakkah kita bergelar sahabat?
Dalam perjalanan yang masih belum selesai ini
Aku juga bukanlah seorang sahabat yang sempurna...

Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan
Aku seorang sahabat yang benar-benar layak digelar seorang sahabat…
Kerana aku hanyalah manusia biasa…
Yang banyak kelemahan dan kekurangan tersendiri...

2 comments:

  1. kita semua insan biasa..banyak kekurangan yang disedari atau tanpa disedari...muhasabah diri menjadi lebih baik dari hari semalam adalah yang terbaik, tapi mampukah kita melaksanakan nya.? banyak cubaan nya..

    sahabat satu ungkapan yang mudah tetapi ianya mempunyai tafsiran yang terlalu luas dan berbeda juga mengikut pada keadaan semasa..

    namun biar bagaimanapun tafsiran nya...sahabat yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat adalah sahabat yang dicari...

    wallahua'lam :)

    ReplyDelete
  2. hhmmmsss......
    sahabat umpama gak pasir n pantai, sama2 memerlukan. menerima kekurangan dan kelebihan seadanya.

    ReplyDelete