Monday, April 6, 2009

ABE DAN BOLA

Abe selepas final game ngan PFS
Abe n the gang masa terima hadiah

Gelagat Abe di padang (separuh masa kedua-masing2 dah kepenatan)
"Ummi, Abe nak masuk kelab bola kat sekolah, boleh tak"..... pertanyaan Abe sewaktu dia darjah 3. Argh....serba salah aku. Memang aku tau Abe minat sangat ngan bola, tp aku x sanggup bg dia masuk kelab mcm tu. Aku riso pelajaran dia nanti merosot. Tp krn x smpai hati aku bg jgak dia msk, dgn syarat pelajaran ok. Tp betullah, sabtu ahad dgn traning, kdg2 petang pun training, balik umah penat...homework x sempat buat.
"Start minggu dpn stop main bola".
"Kenapa?"
"Banyak sebab, Abe tau sendiri kan?"
"Tapi......."
"Tak payah tapi-tapi......"
"Ok, x pe.. ummi kena ganti dgn game boy"
"Hah....."
Masa tu aku igt game boy tu dlm rm300, budak2 mmg tgh giler game boy masa tu. Disebabkan aku x sanggup tgk pelajaran dia merosot, aku beli jgak game boy sebagai syarat keluar drp kelab bola. Tapi aku x da la kejam sangat smpai sekat terus, masa ni dia masih lagi wakil sekolah dalam bola baling n bola sepak pasukan sekolah dia, cuma masuk kelab je aku x bagi.
Dan akhirnya sewaktu aku pindah kesini, minat dia masih tetap dia teruskan, syarat yang awalnya aku tetapkan masih 'wajib' bagi dia. Bila dia dapat wakil sekolah sehingga masuk final peringkat zon, fuh..nampak sangat dia happy. Hahaha....lawannya bkn calang2 sekolah. Tapi dia happy sangat2 coz sekolah dia jadi naib juara n kalah pun kat sekolah yang gah di penang ni.
Sebenarnya aku x pernah sekat minat anak2 aku, cuma aku nak dia orang seimbang...rasanya semua mak kat dunia ni nak anak2 dia happy so sama gak ngan aku pun....



No comments:

Post a Comment