Tuesday, May 5, 2009

SENATOR HAJJAH HAFSAH DALAM KENANGAN

Gambar ni sebulan sebelum beliau kembali kepada penciptaNYA
Ni masa arwah sihat lagi, we all cuti-cuti Malaysia kat Langkawi
Arwah ngan Che Dah, Min, Muin n Nurin

Hmmss.... dah lama sangat aku x update blog ni. Sepatutnya dah boleh update pun ari tu tp aku nak wat ikut urutan citer aku so kena tangguh sampai Min anta gambar Mok Soh kat aku.
Balik dari Jogja 22hb, smpai di Penang subuh 23hb. Dan kul 2 ptg 23hb tu aku dapat call bg tau Mok Soh dah kembali ke rahmatullah. Memang terkejut sangat, tetapi nasib baik waktu tu aku dah smpai Malaysia. Kalo x mesti aku nyesal seumur hidup.
HB x leh ikut aku balik kampung coz out station kat Sabah. Kakak n Abe pulak ada exam ari tu. Aku pun kalo nak ikutkan ada kelas gak. Huhuhu, aku call Che Dah n Hamka bagi tahu aku balik drive sendiri bersama ma, kembar n Fariha. Dah la kat kul 5 pm aku bertolak, hujan pulak tu. Terpaksa lah kuatkan semangat gak. Memang sepanjang jalan especially kat highway timur barat tu hujan x berhenti ngan kabus tebal lagi. Aku first time drive balik kampung sendiri. Penat balik dari Indon, pastu dari KL ke Penang pun aku rasa masih x hilang lagi.Huhuhu....
Sampai Kota Bharu dah kul 10 malam, adesh...aku boleh sesat kat bandar tu, punya la lama aku x balik sampai boleh sesat kat kampung sendiri. Tapi memang aku x da rezeki nak tgk wajah arwah untuk kali terakhir. Aku sampai tu, jenazah sedang dikebumikan. X pe la, aku doakan arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Arwah ni kalo nak dikirakan nenek saudara aku, tapi oleh kerana nenek kandungku meninggal waktu mak aku masih budak2 lagi so dia ni dahkira ganti macam nenek aku arr. Tp semua sepupu sepapat n sedara mara panggil dia ngan nick "MOK SOH". Dari aku kecik sampai la aku kahwin n lepas kahwin pun dia lah yang banyak menyusahkan diri dia untuk aku.huhuhu....
Aku kagum sangat dengan semangatnya. Walopun sekolah x tinggi mana, tapi fuh..otaknya bergeliga beb.....paling hebat dengan kelulusan yang x tinggi mana tu, dia dilantik sebagai Senator. Respect giler tu....
Pastu semua benda pulak tu dia reti dari masak, menjahit, berkebun.....argh..macam2 arr dia boleh buat. Aku ingat lagi kalo masa kecik2 dulu sapa pemalas siap arr kena leter. Ngan dia jalan pun kena ayu je, kalo ada tetamu lagi arr kena jaga. Kalo time basuh pinggan, kena pinggan tu accident sama sendiri....fuh, tunggulah ayat power.... pompuan pe wat keje ganaz2..hehehe.
Tapi bila dah ujung2 usia dia, dia start nyanyuk..hhmmsss sedih pun ada coz kadang dia ingat, kadang2 lupa terus sapa kita nih. Dan pnyakit dia makin teruk sehinggalah di akhir usianya.
Banyak kenangan suka, duka, pahit, manis aku bersama arwah. Kalo aku ak citer sume x muat blog nih..hehehe. Aku doakan semoga roh arwah bersama dengan orang-orang yang beriman.AMIN....

No comments:

Post a Comment