Showing posts with label KISAH ANAK-ANAKKU. Show all posts
Showing posts with label KISAH ANAK-ANAKKU. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

BIRTHDAY KEMBAR YANG KE-10



Salam sumer, ni masa celebrate birthday kembar yang dah terlebih ari gak. Nak wat ari sekolah x sempat wei so cari arr jgak ari ahad hari tu buat. Bkn wat pe pun coz ari tu dah wat pulut kuning untuk derang so mlm ahad ari tu cuma potong kek n derang makan adik bradik derang arr. Selagi x dpt kek, selagi tu kira x wat birhday.....so nak puaskan hati dia org wat la jgak....

Hehehe...sebab depa ni kembar, so soh kedai tu tepek gambar upin ipin. Dalam tu kek american chocolate, anak2 aku mmg suka kek n segala mcm coklat gak, mcm mak dia arr.....kecuali yang kakak tu mcm HB aku, segala coklat memang tolak tepi.....ok rr tu, kalo x asyik kek coklat je lah umah aku....ni kira ada gak la leh tukar2 selera....hehehe

Friday, June 19, 2009

PHIA DAH JADI GIMNAST...HUHUHU

Toh Puan P.Pinang masa perasmian pagi tadi
Phia yang kanan sekali tu n the gang dgn coach dia Miss Tan masa majlis perasmian pagi tadi

Salam sumer..... pagi tadi ada majlis perasmian kat Majlis Sukan Negeri P.Pinang so Phia pun terlibat sama. Phia sebenarnya merupakan salah seorang pasukan pelapis P.Pinang untuk pasukan gimnastik artistik. Dia dipilih oleh MSN masa dia org wat selection kat tadika dia. Pastu adalah beberapa ujian n rutin yang dia kena buat untuk melayakkan dia jadi pasukan pelapis. Aku pun x sangka dia dapat coz dia ni kememeh sket...maklum arr yang bongsu kan...kikikiki...
Sebenarnya aku pun x la brape minat sangat nak anta benda2 mcm ni tapi sebab dia yang nak so aku anta je lah untuk smentara. Maybe bila balik KL ujung tahun ni, maka aktiviti pun akan stop gak. Aku x berkenan bukan pe..huhuhu..sal pakaian je, tapi skrg ni ada la beberapa parent melayu mintak kerjasama MSN ikut pasukan Kedah yg katanya lebih sopan sket. Ntah la, aku cuma nak bagi Phia ni confident n kurang kememeh sket... coz masuk untuk 6 bulan ni je..... tapi yang ni memang aku x citer arr ngan coach dia. Kiranya kat2 nak pindah baru aku nak bg tau. Tapi tgk disiplin n perangai dia ok arr sket, dah kurang kememeh....hehehe..

Ok la smpai sini dulu citer Phia, aku nak tepek lauk yg wat semlm jap...huhuhu

Friday, May 8, 2009

SUKANEKA TKM

Masing-masing suspen dok tunggu kwn2 abiskan game
Phia n abang kembar dia...Harriz n Hannis
Masa ni pakat excited tunggu nak start game
Tunjuk ladybird dia kat tangan...hehehe
Phia n the gang.....Anis n Aisyah
hahaha........nasib baik la x tercekik,
Phia soh aku pegang tali tu tp x pasan la plak dah tertarik gitu
Ni pakat dok tunggu nak marching, ikut giliran

25hb April 2009, hari sukaneka Tadika Koperasi Minden (TKM). Phia...anak aku yang bongsu (betul ke bongsu ni, hehehe) ni sek kat sini sejak umur 5 tahun lagi. Aku anta dia lebih kurang kul 8.00 atau 8.30 pagi. Dia akan belajar kat tadika smpai kul 12, pastu akan ke sekolah petang pulak, dekat situ gak la...cuma block je lain. Mandi, makan n tido.....start belajar balik kul 3 petang. Belajar solat, mengaji, doa n macam2 lagi. Petang ni kira macam kelas agama arr. Kul 5.00 petang baru abis. So masa dia kat sekolah setiap hari dari jam 8.00 pagi hinggalah 5.00 petang. Kalo nak ikutkan sian gak kat dia, tp rasanya sume ni pun untuk masa depan dia gak.
Masa hari sukaneka tu kelas dia ada 2 game, lari dalam guni n match healty food kat board yang dah disediakan. Tp yang aku perasaan masa game ni anak2 relax je, mak ayah yang excited sangat kat tepi. Sume pakat sokong kelas anak masing-masing...huhuhu. Suka bukan main phia bila dapat medal, ya la ni first time dia main sukan n dapat medal plak tu. Mungkin ni antara kenangan dia arr bila besar nanti sepanjang 2 tahun dok kat Penang. Insyallah ujung tahun ni selepas Abe abis PMR n majlis graduation semua akan balik KL semula n teruskan sekolah di KL balik.........

Monday, April 6, 2009

ABE DAN BOLA

Abe selepas final game ngan PFS
Abe n the gang masa terima hadiah

Gelagat Abe di padang (separuh masa kedua-masing2 dah kepenatan)
"Ummi, Abe nak masuk kelab bola kat sekolah, boleh tak"..... pertanyaan Abe sewaktu dia darjah 3. Argh....serba salah aku. Memang aku tau Abe minat sangat ngan bola, tp aku x sanggup bg dia masuk kelab mcm tu. Aku riso pelajaran dia nanti merosot. Tp krn x smpai hati aku bg jgak dia msk, dgn syarat pelajaran ok. Tp betullah, sabtu ahad dgn traning, kdg2 petang pun training, balik umah penat...homework x sempat buat.
"Start minggu dpn stop main bola".
"Kenapa?"
"Banyak sebab, Abe tau sendiri kan?"
"Tapi......."
"Tak payah tapi-tapi......"
"Ok, x pe.. ummi kena ganti dgn game boy"
"Hah....."
Masa tu aku igt game boy tu dlm rm300, budak2 mmg tgh giler game boy masa tu. Disebabkan aku x sanggup tgk pelajaran dia merosot, aku beli jgak game boy sebagai syarat keluar drp kelab bola. Tapi aku x da la kejam sangat smpai sekat terus, masa ni dia masih lagi wakil sekolah dalam bola baling n bola sepak pasukan sekolah dia, cuma masuk kelab je aku x bagi.
Dan akhirnya sewaktu aku pindah kesini, minat dia masih tetap dia teruskan, syarat yang awalnya aku tetapkan masih 'wajib' bagi dia. Bila dia dapat wakil sekolah sehingga masuk final peringkat zon, fuh..nampak sangat dia happy. Hahaha....lawannya bkn calang2 sekolah. Tapi dia happy sangat2 coz sekolah dia jadi naib juara n kalah pun kat sekolah yang gah di penang ni.
Sebenarnya aku x pernah sekat minat anak2 aku, cuma aku nak dia orang seimbang...rasanya semua mak kat dunia ni nak anak2 dia happy so sama gak ngan aku pun....



Sunday, March 1, 2009

BIRTHDAY KAKAK

Blueberry cheese cake...fav kakak

macam2 pesen dia org dok posing

Hehe hehehe...aisyah pun ada sama dok tunggu potong kek

1hb March 2009..... birthday kakak yang ke-16...dah jadi anak dara anak aku ni. Rasa mcm baru semlm je ke operate bersalinkan dia..huhuhu. Masa tu teruja giler dpt baby coz dok belajar lagi. Brsalin kan KL, balik pantang kat kampung cukup2 40 hari trus balik KL smula... huhuhu sepanjang jalan nangis je coz tinggal kakak yang masih baby kat hubby n mak aku....Kepala otak pun masa tu byk dok igt kat dia je.. umur dia 7 bulan baru aku balik posting kat kampung... org p belajar dpt satu sijil, aku 2 skali... tu la dah rezeki. Tp bila tgk anak dah besar2 mcm ni best jugak... Semoga anak2 ku menjadi anak2 yg soleh dan solehah..AMIN...


Friday, February 27, 2009

KEMBAR DI HARI SUKAN SKBG




Hannis dan Harriz sewaktu majlis penyampaian hadiah
21hb Februari 2009 yang lepas SKBG adakan majlis sukaneka dan sukantara. Untuk sukantara tinggal beberapa acara final je lagi. Kebanyakkannya telah diadakan di waktu pagi pada hari persekolahan. Pagi2 lagi dalam jam 7 aku dah hantar dia dan Abe (tution) sekali.Walaupun hari ni aku agak sibuk, biasa la hari minggu..... macam2 yang perlu dibuat, aku janji dengan ateh dan achik aku akan sampai kat sekolah dia pukul 10. Nasib baik waktu aku sampai dia baru nak mulakan acara sukaneka. Seronok bukan main dia coz dapat pingat emas. Semalam Ateh dah dapat pingat perak untuk acara lompat jauh. Hahaha... balik dari sekolah terus tido, kepenatan sampai petang. Bila lehat gelagat anak-anak yang macam2 rasa letih dan penat terus hilang. Betapa besarnya anugerah Allah.