Friday, February 27, 2009

AMRAFIK ARIFFIN DAN SAZALI YACOB

Apik sewaktu hendak pergi menunaikan umrah selepas sembuh dari sakit
Dah lama aku tak update blog ni, walaupun hati meronta2 nak isikan macam2 tp aku tak berkesempatan. Memang betul2 sibuk. Dalam pada kesibukkan tu, aku sering ingatkan dua nama ni... yang telah kembali ke rahmatullah tanpa aku sempat melihat wajah mereka. Amrafik, sepupu aku meninggal kerana pneumonia. Kali pertama dia diserang dan dalam keadaan kritikal sewaktu aku masih di Kuala Lumpur. Waktu itu boleh dikatakan setiap hari aku akan temankannya di hospital. Macam2 kami bercerita, dia lebih banyak mendengar dan sesekali menyampuk kerana waktu tu dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen. Dia bagi tau pada aku, Dr kata dia hanya ada berapa peratus sahaja untuk hidup. Tapi setitis air mata pun dia tak tumpah. Dia kata dia redha. Sebelah daripada paru-parunya memang sudah rosak. Yang sebelah lagi hanya tinggal lebih kurang 20% je. Arghh..aku x sanggup nak dengar lagi. Kami bercerita tentang masa kanak2, aku lihat Apik seorang yang kuat semangat. Dalam sakit yang sebegitu dia tidak pernah sekali tinggalkan solat. Ini memanglah perangai dia dari kecik lagi solat tak pernah tinggal dan setiap kali lepas mangrib mesti baca al-quran sampailah waktu isyak. Selepas tiga hari, aku mendapat panggilan telepon Apik dimasukkan ke ICU. Aku terus bergegas ke HUKL, semua saudara dan kawan2 membacakan surah Yassin untuknya. Apik dah koma, masa ni dia cuma hidup dengan mesin bantuan pernafasan. Segala persiapan untuk menyambut "kematian"nya telah diuruskan. Tapi Allah itu lagi mengetahui, rupanya Apik masih panjang umur. Lebih kurang sebulan selepas itu dia kembali sembuh dan boleh kembali bekerja...miracle...itulah kebesaran Allah.
Namun begitu hujung tahun lepas dia kembali kritikal dan akhirnya ia kembali ke rahmatullah setelah berjuang selama seminggu. Dari saat dia dimasukkan ke hospital untuk kali kedua sehingga saat2 dia dikapankan aku tidak sempat berjumpa dengannya. Waktu tu aku sedang mengahadapi peeperiksaan, aku hanya hadiahkan Al-Fatihah untuknya dari jauh. Dia lah sepupu aku yang pertama yang telah kembali ke penciptaNYA.
Sazali, atau aku panggil dia dengan nama Pak Su Li...adik ayah ku yang bongsu (gambar dia aku x dpt nak upload). Masa kecik2 aku rapat jugak dengan dia coz keje dia suka sangat menyakat. Tapi bila dia dah mula bekerja dan berpindah, kami semakin renggang dan jarang berhubung. Bila aku berpindah ke Kuala Lumpur dan dia pula berhenti kerja dari FELCRA kerana menumpukan sepenuh masa dalam bidang penulisan, hubungan kekeluargaan kembali rapat semula. Setiap kali ke Kuala Lumpur kerana ada jemputan untuk sebarang majlis, dia akan singgah ke rumah aku. Dan aku pun kalo balik kampung mesti menziarahinya. Sebelum ni dia diserang jantung, walaupun masa tu umur dia masih muda tetapi mungkin faktor kuat merokok memberi kesan sampingan padanya. Tambah lagi dia juga ada diabetis. Pada musim haji yang lepas dia berkesempatan menunaikan haji bersama Mak Su. Selepas saja balik dari Mekah dia diserang sakit buah pinggang, koma dan telah kembali kerahmatullah. Yang paling aku terkilan aku tak dapat menghantarnya masa dia hendak ke Mekah kerana aku berada di sini dengan kesibukkan rutin aku. Bila dia balik pun aku x menyambutnya. niat aku x per lah nanti balik kampung aku blh jumpa ngan dia. Intan (kakak ipar aku) beberapa kali telepon bagi tau Pak Su kirimkan untuk aku macam2 buah tangan dari sana, aku suruh je dia simpan tunggu nanti aku balik KL. Sama juga dengan kepulangan Pak Su ke penciptaNYA, aku tidak dapat pulang kerana kebetulan aku jugak waktu itu ada ujian di pusat pengajian kat sini. Dua kematian orang yang dekat denganku tanpa aku dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Al-Fatihah, semoga kalian berdua akan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman, insyallah.

No comments:

Post a Comment