Wednesday, May 13, 2009

NASI KERABU

Hehehe..ni menu ari ni...nasi kerabu beb....
Ni kira nasi kerabu malas arr, coz x byk aksesori.....bz wei, dah siap cer gini pun kira ok la tu...huhuhu

Rasanya dah lama sangat x wat nasi kerabu ni...huhuhu, bila igt sal aksesori dia yang macam2 tu kdg2 naik rimas gak..huhuhu. Walo apa pun hari ni kira malas2 pun jadi gak arr nasi kerabu.
Kalo nak best ada daging bakar ke, solok lada, ikan goreng tepung n bawang jeruk..huh..baru arr best.....tapi x pe la, kira gian anak2 nak makan nasi kerabu dah lepas.
Anak2 aku ni biasanya sambil balik sekolah, kat atas keter dia orang akan tanya "HARI NI UMMI MASAK APA EK?". Pastu dia akan sambung lagi "KALO ESOK MASAK NI....MASAK TU, BOLEH X?". Huhuhu... insyallah sedaya mungkin aku akan cuba masak apa yang mereka nak makan. LAgipun aku x da la pening kepala nak pk nak masak apa......hehehehe. Resepi nasi kerabu ni macam mana ek.... sama gak aku ni sume style cmpak je...

BOLOGNAISE SPAGHETTI VERSI AKU

Ni antara makanan kesukaan anak2 aku walopun ori darah melayu
Spaghetti ni aku wat minggu lepas tp x smpat nak post kan coz dah banyak sangat bende2 yg tertangguh sebab bz yg melampau ari tu. So bende2 ni sume aku simpan je dulu tunggu free sket baru ler boleh post n share ngan kengkawan. Spaghetti ni antara makanan kegemaran anak2 aku. Dia orang kalo masak spaghetti x blh sket coz dia orang x kan makan nasi untuk satu hari tu. Kira satu hari makan spaghetti je lah, senang gak kan keje aku....sekali masak je...hehehe.
Aku sendiri pun x igt mula2 aku reti makan makanan itali ni. Tapi yg aku igt mula2 aku belajar nak buat sendiri, aku belek buku resepi kot. Try2 buat je lah.......
Pastu ada la aku tanya la sapa2 yang jenis kaki masak n adjuz2 sendiri arr plak.... so ni kira resepi versi aku arr.....nanti boleh lah sapa2 nak cuba wat plak, nanti korang boleh la share resepi korang punya plak kan...hehehe
(resepi aku ni biasa arr, sume main anggaran jerk......)

500gm Daging cincang (biasanya aku beli je yg Ramly tu, senang sket keje aku)
2 atau 3 labu bawang besar - potong dadu kecik2 (jgn plak kecik sangat, agak2 arr)
2 atau3 biji biji buah tomato -potong dadu gak ni
1 tin tomato jeruk(dices tomato)
1 tin tomato puree - yang sederhana
4 atau 5 sudu sos spaghetti (perisa traditional)
5 ulas bawang putih - cincang

butter / minyak zaitun untuk menumis
oregano - yg mcm daun kering tu (kalo serbuk x best)
italian herbs - sama gak yang dikeringkan bkn yang serbuk)


cara nak masak:
Panaskan minyak zaitun/butter. Masukkan bawang putih sampai kekuningan n dah wangi, masuk bawang besar dan tomato yang dah potong dadu tadi. Biar lama sket, kemudian baru masuk daging, agak2 daging macam dah masak sket, masukkan tomato puree n tomato jeruk tu (kalo x suka masam kurangkan tomato ni). Last skali baru masuk sos spaghetti 4 atau 5 sudu. Bubuh la garam sket, agak2 korang arr....

Spaghetti tu biasa r rebus la dulu, ada org suka letak minyak zaitun sket n garam. Ada org mnyak zaitun saja. Aku kdg2 x letak apa2 pun.....so suka hati korang la. Kalo x bg melekat tu bila dah kembang n pas angkat korang terus je lalukan spaghetti tu kat air smpai sejuk.

Bila dah siap n nak makan taburlah chesse kat atas tu baru lah sedap.......

Monday, May 11, 2009

MAJLIS H I-TEA BERSAMA NAIB CANSELOR

Huhuhu....teruja gak masa mula2 dapat kat jemputan ni
Maybe ni kira hari terakhir ramai-ramai gini pas 3 tahun kat sini

Hahaha..yo yo oo je g panjat bukit dok posing, wat lawak jerk
Kalo nampak kat depa tu aku mai dok posing sini, sah sah kena hambat.....mana taknya abis patah pokok comel2 tu kena pijak...hehehe
Ni ngan kengkawan selepas hi-tea
Ngan Leen. Ita N Maz kat lobi DTSP
Ngan Leen, Chah n Ita kat depan DTSP

Masa mula-mula Wani bagi kad jemputan tu n baca sekali imbas je....huhuhu terharu arr jgak. Kejap je pastu pakat gelak ramai2, betul ke? Macam x caya je, semua school dapat jemputan tu tp bukan sumer student dapat beb..... Yang paling terharu bila baca tang ayat:
Naib Canselor
dengan segala hormatnya menjemput
....................................................
ke majlis Hi- Tea pelajar cemerlang USM
bersama Naib Canselor


Mana x teruja wei, belajar ntah apa2...kalo rajin tu x per gak, tetiba dapat invitation macam ni mula arr x caya. Sebab tu la aku n kawan2 dok ketawa je, macam kelakar pun ada.
Majlis ada la kat 2 jam gak, citer sal nak sambung2 study lagi, sal sponsor, prosedur n macam2 arr.
Abis je majlis, sumer pakat dok amik gambar coz ni maybe hari last bersama kengkawan. Pasni sumer dah kuar praktikum. Jauh-jauh plak tu, memang kira dah x da masa n peluang nak jupe n sembang macam dulu2 dulu lagi dah pas ni. Hhhmmmssss..... yang ada kenangan je lah kat sini, merantau ngan seribu harapan n semangat, pahit, manis, suka, duka...pendek kata macam2 rasa arr ada....huhuhu

Saturday, May 9, 2009

DALAM TERPAKSA KE SEMINAR BTN

Seminar Bina Negara... salah satu syarat la kiranya
Sempat lagi posing...hehehe
Ngan kengkawan masa majlis BTN kat DTSP

Huh....hari ni memang malas yang amat-amat nak pergi, tapi x pergi jap g jadi hal plak coz nama sume dah register. Mula2 daftar, kata sumer wajib n aku imagine macam kem bina semangat yang dulu2....huhuhu....cuak sangat2 mengenangkannya. Tapi masa g confirm n tandantangan pengesahan ari tu baru tau cuma seminar je....
Start kul 8 pagi lagi, masuk dlm dewan dah penuh ngan manusia.......nak cari tempat pun susah. Arghhhhh..... dengar pot pet pot pet dari penceramah, macam syahdu je.....pe lagi mata pun dah berat semacam wei. Sian gak kat penceramah ni, dia dok pot pet pot pet kat depan, tapi student kat belakang ni dok pot pet pot pet gak...huhuhu.
Hmmmsss....sampai kul 5 ptg tu kena dok dalam dewan dengar depa pot pet, kedatangan plak amik pagi petang. Memang x da peluang nak ponteng arr........Hehehe....akhirnya abis gak la dengan sesi soal jawab yang agak panas. Masa ni la baru nampak macam semua excited sket nak engar. Abis je, aku n kengkawan sempat lagi tu dok amik gambar.... xtvt biasa gang kami..hahaha

Friday, May 8, 2009

SUKANEKA TKM

Masing-masing suspen dok tunggu kwn2 abiskan game
Phia n abang kembar dia...Harriz n Hannis
Masa ni pakat excited tunggu nak start game
Tunjuk ladybird dia kat tangan...hehehe
Phia n the gang.....Anis n Aisyah
hahaha........nasib baik la x tercekik,
Phia soh aku pegang tali tu tp x pasan la plak dah tertarik gitu
Ni pakat dok tunggu nak marching, ikut giliran

25hb April 2009, hari sukaneka Tadika Koperasi Minden (TKM). Phia...anak aku yang bongsu (betul ke bongsu ni, hehehe) ni sek kat sini sejak umur 5 tahun lagi. Aku anta dia lebih kurang kul 8.00 atau 8.30 pagi. Dia akan belajar kat tadika smpai kul 12, pastu akan ke sekolah petang pulak, dekat situ gak la...cuma block je lain. Mandi, makan n tido.....start belajar balik kul 3 petang. Belajar solat, mengaji, doa n macam2 lagi. Petang ni kira macam kelas agama arr. Kul 5.00 petang baru abis. So masa dia kat sekolah setiap hari dari jam 8.00 pagi hinggalah 5.00 petang. Kalo nak ikutkan sian gak kat dia, tp rasanya sume ni pun untuk masa depan dia gak.
Masa hari sukaneka tu kelas dia ada 2 game, lari dalam guni n match healty food kat board yang dah disediakan. Tp yang aku perasaan masa game ni anak2 relax je, mak ayah yang excited sangat kat tepi. Sume pakat sokong kelas anak masing-masing...huhuhu. Suka bukan main phia bila dapat medal, ya la ni first time dia main sukan n dapat medal plak tu. Mungkin ni antara kenangan dia arr bila besar nanti sepanjang 2 tahun dok kat Penang. Insyallah ujung tahun ni selepas Abe abis PMR n majlis graduation semua akan balik KL semula n teruskan sekolah di KL balik.........

Tuesday, May 5, 2009

LAKSA KELANTAN

Ntah la ari tu tiba2 je teringin nak makan laksa kelantan...ya la balik kampung pun x sempat nak makan..huhuhu. Kira ari tu lepas gak la kempunan, n sempat pulak tu panggil kawan2 n jiran2 aku mai makan kat umah aku. Kira ari tu tetamu smpai malam arr ada lagi. Tapi aku lupa nak amik gambar masa derang mai umah, jadi aku post gambar laksa je lah kat blog ni. Kat bawah ni aku letak jer resepi dia ek. tp aku ni bila masak sytle campak je...sume main agak je...

KUAH LAKSA:
2kg santan
2kg ikan(aku kalo wat laksa kelantan suka pakai ikan mata besar tu coz kuahnya putih n cantik arr sket)
1 inci halia
Bawang merah 1/2kg (lebih kurang arr)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
Sekeping Asam gelugor
garam n gula secukup rasa.

CARANYA:
Rebus atau kukus ikan tu, kemudian asingkan dari tulang sumer, mesin arr ngan bawang, halia n santan tu. Tambah ler air agak2 arr, tp jgn sampai cair.(laksa kelantan kalo kuah cair x sedap) Aku suka tambah ngan air yang mendidih coz kuah dia nanti tahan lama sket. . Pastu letak je atas api yang sederhana, masukkan terus asa keping, garam n gula. Kaco x leh berhenti wei, jap g kuah dia jadi x elok kepala santan sumer dok atas..hehehe.

ULAM N AKSESORI:
Daun kesum
bunga kantan
taugeh
timun batang
daun serai kayu
kacang panjang
(sumer ni potong halus2 mcm nak wat kerabu arr kecuali taugeh tu)
belacan, garam n sambal lada kering.


SENATOR HAJJAH HAFSAH DALAM KENANGAN

Gambar ni sebulan sebelum beliau kembali kepada penciptaNYA
Ni masa arwah sihat lagi, we all cuti-cuti Malaysia kat Langkawi
Arwah ngan Che Dah, Min, Muin n Nurin

Hmmss.... dah lama sangat aku x update blog ni. Sepatutnya dah boleh update pun ari tu tp aku nak wat ikut urutan citer aku so kena tangguh sampai Min anta gambar Mok Soh kat aku.
Balik dari Jogja 22hb, smpai di Penang subuh 23hb. Dan kul 2 ptg 23hb tu aku dapat call bg tau Mok Soh dah kembali ke rahmatullah. Memang terkejut sangat, tetapi nasib baik waktu tu aku dah smpai Malaysia. Kalo x mesti aku nyesal seumur hidup.
HB x leh ikut aku balik kampung coz out station kat Sabah. Kakak n Abe pulak ada exam ari tu. Aku pun kalo nak ikutkan ada kelas gak. Huhuhu, aku call Che Dah n Hamka bagi tahu aku balik drive sendiri bersama ma, kembar n Fariha. Dah la kat kul 5 pm aku bertolak, hujan pulak tu. Terpaksa lah kuatkan semangat gak. Memang sepanjang jalan especially kat highway timur barat tu hujan x berhenti ngan kabus tebal lagi. Aku first time drive balik kampung sendiri. Penat balik dari Indon, pastu dari KL ke Penang pun aku rasa masih x hilang lagi.Huhuhu....
Sampai Kota Bharu dah kul 10 malam, adesh...aku boleh sesat kat bandar tu, punya la lama aku x balik sampai boleh sesat kat kampung sendiri. Tapi memang aku x da rezeki nak tgk wajah arwah untuk kali terakhir. Aku sampai tu, jenazah sedang dikebumikan. X pe la, aku doakan arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Arwah ni kalo nak dikirakan nenek saudara aku, tapi oleh kerana nenek kandungku meninggal waktu mak aku masih budak2 lagi so dia ni dahkira ganti macam nenek aku arr. Tp semua sepupu sepapat n sedara mara panggil dia ngan nick "MOK SOH". Dari aku kecik sampai la aku kahwin n lepas kahwin pun dia lah yang banyak menyusahkan diri dia untuk aku.huhuhu....
Aku kagum sangat dengan semangatnya. Walopun sekolah x tinggi mana, tapi fuh..otaknya bergeliga beb.....paling hebat dengan kelulusan yang x tinggi mana tu, dia dilantik sebagai Senator. Respect giler tu....
Pastu semua benda pulak tu dia reti dari masak, menjahit, berkebun.....argh..macam2 arr dia boleh buat. Aku ingat lagi kalo masa kecik2 dulu sapa pemalas siap arr kena leter. Ngan dia jalan pun kena ayu je, kalo ada tetamu lagi arr kena jaga. Kalo time basuh pinggan, kena pinggan tu accident sama sendiri....fuh, tunggulah ayat power.... pompuan pe wat keje ganaz2..hehehe.
Tapi bila dah ujung2 usia dia, dia start nyanyuk..hhmmsss sedih pun ada coz kadang dia ingat, kadang2 lupa terus sapa kita nih. Dan pnyakit dia makin teruk sehinggalah di akhir usianya.
Banyak kenangan suka, duka, pahit, manis aku bersama arwah. Kalo aku ak citer sume x muat blog nih..hehehe. Aku doakan semoga roh arwah bersama dengan orang-orang yang beriman.AMIN....