Thursday, March 12, 2009

DISLEKSIA

Berjaya dalam bidang masing2 walaupun mengidap disleksia
Antara bentuk tulisan pengidap disleksia
P & P yang dijalankan untuk kanak-kanak disleksia

APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “kepayahan” untuk perkataan “dys” dan “bahasa” untuk perkataan “lexia”. Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa atau “kesukaran terhadap perkataan”. Ini adalah kerana individu disleksia umumnya berfikir dalam bentuk gambar dan ini menghasilkan kesukaran memahami huruf, nombor, dan simbol (Osmond, 1993). Akibatnya, kanak-kanak yang membesar dengan disleksia gagal menulis dan membaca dengan baik.
Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut iaitu:
Ø Mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan seperti bercampur-aduk.
Ø Mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung
Ø Mereka sukar mengeja
Ø Mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran matematik
Ø Mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan kefahaman
Ø Mereka juga menghadapi masalah apabila menulis
Tahap mereka walau bagaimanapun adalah berbeza-beza iaitu dari tahap yang tidak serius atau minor hinggalah ke tahap yang serius. Walau apapun tahap yang dialami, mereka lazimnya akan menghadapi masalah dalam pembelajaran di sekolah yang menekankan kedua-dua kemahiran ini. Oleh kerana itu, walaupun kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan dan kepintaran yang mungkin agak sama dengan kanak-kanak normal yang lain, kesukaran yang mereka hadapi biasanya tidak diketahui oleh guru dan ibu bapa mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang keyakinan diri, pergaulan sosial yang lemah, motivasi pembelajaran dan minat belajar yang merosot. Mereka juga mungkin akan berasa sedih dan tertekan dengan keadaan yang mereka sendiri kurang memahami puncanya.Perasaan dan tekanan ini seterusnya mungkin akan menyebabkan mereka melakukan pelbagai tingkah laku devian di rumah dan juga terutama sekali apabila mereka berada di sekolah.
Mengikut kajian, dianggarkan lima peratus daripada populasi pelajar yang mengalami kesukaran ini sekurang-kurangnya pada tahap yang tidak serius (Polock & Waller, 1994). Kadar yang tinggi ini adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Oleh kerana itu, senarai semak yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pihak yang terlibat khususnya para pendidik dan ibu bapa tentang disleksia supaya langkah-langkah diagnostik dapat dibuat dari awal dan usaha-usaha pemulihan dapat dijalankan dengan efektif. Jika tidak, individu pelajar yang sebenarnya berkemampuan dan istimewa ini akan ketinggalan jauh dalam pembelajaran mereka dan seterusnya menimbulkan banyak masalah afektif kepada diri mereka sendiri dan keluarga mereka dan juga masalah disiplin kepada pihak sekolah.
PUNCA- PUNCA DISLEKSIA
Pada masa ini tiada jawapan yang tepat yang dikaitkan dengan punca disleksia. Berdasarkan kajian – kajian yang dijalankan (British Pyscological Society, 1991; Hammond & Huges, 1996, secara teorinya, disleksia adalah disebabkan oleh:
i) Keturunan : dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak disleksia mewarisi sifat ini daripada keluarga mereka walaupun darjah pewarisannya berbeza-beza.
ii)Komplikasi semasa kelahiran: kadang kala kanak-kanak mengalami sejarah kesukaran semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen atau kelahiran yang amat menyukarkan juga menghadapi masalah disleksia. Faktor- faktor ini yang menjadi punca kelemahan dan kerosakkan pada bahagian otak mereka.
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:
i) Disleksia visual (pandangan) : Mereka mengalami kesukaran mengingat dan mengenal abjad dan konfigurasi perkataan. Mereka tidak dapat menterjemah maksud simbol-simbol perkataan yang terdapat pada teks. Kanak-kanak disleksia berkemungkinan akan melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik, contoh kiri – kanan C – Э, atau atas – bawah n – u dan d – p.
ii) Disleksia Auditori (Pendengaran) : Kesukaran utama kanak-kanak disleksia jenis ini melibatkan kesukaran mengingat bunyi abjad, menganalisa bunyi mengikut suku kata dalam perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata perkataaan untuk membentuk bunyi satu perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi percakapan yang ditutur secara halus. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah untuk membezakan bunyi antara vokal dan konsonan dan mengaitkan bunyi kepada perkataan yang dicetak atau ditulis. Oleh itu kanak-kanak disleksia amat sukar untuk mengeja.
iii) Disleksia Visual – Auditori : Kanak-kanak yang mengalami disleksia jenis ini akan menghadapi kesukaran membaca yang amat teruk. Ini kerana mereka menghadapi masalah pada kedua-dua aspek penting dalam berbahasa iaitu pendangan dan pendengaran. Gabungan ini menyebabkan mereka sukar memproses tulisan dan bunyi perkataan secara visual dan audio.
MENGECAM DISLEKSIA
Kanak-kanak disleksia adalah kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka tidak mempunyai sebarang kecacatan yang boleh dilihat dan dikenal pasti dengan jelas. Langkah yang paling baik ialah dengan melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai untuk mengenal pasti tahap kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak pengidap disleksia. Pada kebiasaannya penilaian dimulakan dengan satu ujian ‘screening’ awal yang diikuti dengan beberapa ujian diagnostik yang dilakukan pada hari yang berlainan. Setiap satu ujian diagnostik ini mengambil masa lebih kurang satu jam yang akan mengukur tahap dan kemampuan pelajar membaca, mengeja, menulis, bercakap dan mendengar. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.
i) Membaca
Ø Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti ‘b’ dan ‘d’, ‘p’ dan ‘q’, ‘n’ dan ‘u’.
Ø Membaca perkataan terbalik seperti “saw” menjadi “was”.
ii) Mengeja
Ø Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya huruf ‘b’ ditulis ‘d’ dan bila mengeja perkataan ‘play’ menjadi ‘paly’.
Ø Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa megeja perkataan ‘flower’, dia akan menulis sebagai ‘fower’ dan ‘went’ pula akan ditulis sebagai ‘wen’.
Ø Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi
iii) Menulis
Ø Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
Ø Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
Ø Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
Ø Menulis dengan amat perlahan.
iv) Pertuturan
Sebutan perkataan yang tidak jelas
Ø Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.
Ø Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan.
Ø Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.
Ø Kanak - kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran mereka.
Ø Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai ‘malas’, ‘bebal’, ‘bodoh’, ‘bengap’, ‘cuai’, ‘leka’ dan sebagainya.
Ø Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar. Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.
Rumusan
“Disleksia tiada penawarnya, tiada ubat dan tiada akhirnya. Seseorang yang mengalami disleksia akan membesar dan dewasa dengan masalah pembelajaran ini. Bukan ubat atau penawar yang perlu kita cari dan buru untuk membantu kanak-kanak disleksia ini tetapi yang perlu kita cari ialah bagaimana untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Bagaimana untuk membimbing mereka menghuraikan kekusutan semasa berdepan dengan huruf-huruf, perkataan dan ayat. Tiada cara mudah melainkan melalui program khas di dalam pengajaran dan pembelajaran yang kita jalankan.

Monday, March 9, 2009

PADANG KOTA LAMA

hhmmmsss..... sambil main buai sambil makan aiskrim

Abe pun sama gak, bukan main khusyuk lagi dia

Kembar dok bincang sal pe la tu?

Dah banyak kali nak pegi sini tp asyik terlepas jalan je. Aku ingat lagi masa zaman sekolah time melawat penang dia org mesti singgah sini. Rasanya gerai sume kat bawah pokok n tepi2 jalan gitu je. Hari ni dah jauh beza, nampak tersusun dan lagi cantik. Masa mula2 smpai sini bila tanya padang kota lama mesti org ckp kat Gurney. Tp bila aku g sana, rasanya x sama je ngan tmpat yg aku pernah g dulu. Mana nak sama dah tmpat dia lain. Huhuhu..... Tetiba je ari tu lalu ngan HB n anak-anak nak naik feri, bila pusing kat situ br HB perasan 'ni la padang kota lama'. So semlm baru sempat singgah, tapi x sempat nak lepak lama2 coz ujan turun. Anak2 pun happy je mai sini coz ada tempat dia orang nak main, lari n yang x tinggalnya...makan...hehehe...



Sunday, March 1, 2009

BIRTHDAY KAKAK

Blueberry cheese cake...fav kakak

macam2 pesen dia org dok posing

Hehe hehehe...aisyah pun ada sama dok tunggu potong kek

1hb March 2009..... birthday kakak yang ke-16...dah jadi anak dara anak aku ni. Rasa mcm baru semlm je ke operate bersalinkan dia..huhuhu. Masa tu teruja giler dpt baby coz dok belajar lagi. Brsalin kan KL, balik pantang kat kampung cukup2 40 hari trus balik KL smula... huhuhu sepanjang jalan nangis je coz tinggal kakak yang masih baby kat hubby n mak aku....Kepala otak pun masa tu byk dok igt kat dia je.. umur dia 7 bulan baru aku balik posting kat kampung... org p belajar dpt satu sijil, aku 2 skali... tu la dah rezeki. Tp bila tgk anak dah besar2 mcm ni best jugak... Semoga anak2 ku menjadi anak2 yg soleh dan solehah..AMIN...


Saturday, February 28, 2009

WAKTU BALIK KL

Abe posing kat dpn KLCC


Phia ni lah keje dia pantang jumpa mesti sangkut....hehehe

Kakan n Achik kat taman KLCC

Aku, kakak n hubby dok tunggu dia orang main kat taman ni

Hahaha... hubby ku dah makin boroi....
Ni masa balik KL ari tu, x tau nak pegi jalan mana2 so pegi lepak kat KLCC pas hubby balik keje. Singgah kejap je bagi anak2 main kat taman tu. Rasa tak sabar nak pindah balik KL. Nak habiskan 2 tahun kat sini, aku rasa lama sangat. Insyallah dah tak lama lagi saat2 yang ku tunggu tu. Anak2 pun kadang2 dah boring kat sini, selalu jugak merungut tapi nak buat mcm mana... sian kat dia orang...terpaksa korbankan diri dia orang untuk aku... walau apa pun aku tetap sayang kalian..hingga ke nafas yang terakhir.





Friday, February 27, 2009

PERTAMA KALI KE TELUK KUMBAR

Bersama Harriz kat jeti


Fariha,Ma, Abe n Hannis... sampai separuh Fariha nangis takut so patah balik hantar dia kat hubby.

Aku dan Abe, baru form 2 dah tinggi macam tu...huhuhu

Aku dah lupa tarikh pegi sana, yang aku igt hari Sabtu coz kalo hubby ada tu biasanya hari minggu je lah. Best jugak kat sini, perkampungan nelayan. Sempat beli ikan yang baru naik dari laut...fuh.. fresh n murah! Masa naik kat jambatan (jeti kot, aku pun tau r panggil apa), gayat yang amat.... nak sampai ke hujung sekali memang aku dah tak boleh..mcm hanyut nak jatuh je. So sampai separuh n amik gambar je wat eksen..wakaka. Hubby langsung x jejak sini, tunggu kat bawah ngan Fariha je. Kira best gak la mai sini, at least bila balik KL ada gak la kenangan aku jalan2 kat sini..hehehehe


KEMBAR DI HARI SUKAN SKBG




Hannis dan Harriz sewaktu majlis penyampaian hadiah
21hb Februari 2009 yang lepas SKBG adakan majlis sukaneka dan sukantara. Untuk sukantara tinggal beberapa acara final je lagi. Kebanyakkannya telah diadakan di waktu pagi pada hari persekolahan. Pagi2 lagi dalam jam 7 aku dah hantar dia dan Abe (tution) sekali.Walaupun hari ni aku agak sibuk, biasa la hari minggu..... macam2 yang perlu dibuat, aku janji dengan ateh dan achik aku akan sampai kat sekolah dia pukul 10. Nasib baik waktu aku sampai dia baru nak mulakan acara sukaneka. Seronok bukan main dia coz dapat pingat emas. Semalam Ateh dah dapat pingat perak untuk acara lompat jauh. Hahaha... balik dari sekolah terus tido, kepenatan sampai petang. Bila lehat gelagat anak-anak yang macam2 rasa letih dan penat terus hilang. Betapa besarnya anugerah Allah.



AMRAFIK ARIFFIN DAN SAZALI YACOB

Apik sewaktu hendak pergi menunaikan umrah selepas sembuh dari sakit
Dah lama aku tak update blog ni, walaupun hati meronta2 nak isikan macam2 tp aku tak berkesempatan. Memang betul2 sibuk. Dalam pada kesibukkan tu, aku sering ingatkan dua nama ni... yang telah kembali ke rahmatullah tanpa aku sempat melihat wajah mereka. Amrafik, sepupu aku meninggal kerana pneumonia. Kali pertama dia diserang dan dalam keadaan kritikal sewaktu aku masih di Kuala Lumpur. Waktu itu boleh dikatakan setiap hari aku akan temankannya di hospital. Macam2 kami bercerita, dia lebih banyak mendengar dan sesekali menyampuk kerana waktu tu dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen. Dia bagi tau pada aku, Dr kata dia hanya ada berapa peratus sahaja untuk hidup. Tapi setitis air mata pun dia tak tumpah. Dia kata dia redha. Sebelah daripada paru-parunya memang sudah rosak. Yang sebelah lagi hanya tinggal lebih kurang 20% je. Arghh..aku x sanggup nak dengar lagi. Kami bercerita tentang masa kanak2, aku lihat Apik seorang yang kuat semangat. Dalam sakit yang sebegitu dia tidak pernah sekali tinggalkan solat. Ini memanglah perangai dia dari kecik lagi solat tak pernah tinggal dan setiap kali lepas mangrib mesti baca al-quran sampailah waktu isyak. Selepas tiga hari, aku mendapat panggilan telepon Apik dimasukkan ke ICU. Aku terus bergegas ke HUKL, semua saudara dan kawan2 membacakan surah Yassin untuknya. Apik dah koma, masa ni dia cuma hidup dengan mesin bantuan pernafasan. Segala persiapan untuk menyambut "kematian"nya telah diuruskan. Tapi Allah itu lagi mengetahui, rupanya Apik masih panjang umur. Lebih kurang sebulan selepas itu dia kembali sembuh dan boleh kembali bekerja...miracle...itulah kebesaran Allah.
Namun begitu hujung tahun lepas dia kembali kritikal dan akhirnya ia kembali ke rahmatullah setelah berjuang selama seminggu. Dari saat dia dimasukkan ke hospital untuk kali kedua sehingga saat2 dia dikapankan aku tidak sempat berjumpa dengannya. Waktu tu aku sedang mengahadapi peeperiksaan, aku hanya hadiahkan Al-Fatihah untuknya dari jauh. Dia lah sepupu aku yang pertama yang telah kembali ke penciptaNYA.
Sazali, atau aku panggil dia dengan nama Pak Su Li...adik ayah ku yang bongsu (gambar dia aku x dpt nak upload). Masa kecik2 aku rapat jugak dengan dia coz keje dia suka sangat menyakat. Tapi bila dia dah mula bekerja dan berpindah, kami semakin renggang dan jarang berhubung. Bila aku berpindah ke Kuala Lumpur dan dia pula berhenti kerja dari FELCRA kerana menumpukan sepenuh masa dalam bidang penulisan, hubungan kekeluargaan kembali rapat semula. Setiap kali ke Kuala Lumpur kerana ada jemputan untuk sebarang majlis, dia akan singgah ke rumah aku. Dan aku pun kalo balik kampung mesti menziarahinya. Sebelum ni dia diserang jantung, walaupun masa tu umur dia masih muda tetapi mungkin faktor kuat merokok memberi kesan sampingan padanya. Tambah lagi dia juga ada diabetis. Pada musim haji yang lepas dia berkesempatan menunaikan haji bersama Mak Su. Selepas saja balik dari Mekah dia diserang sakit buah pinggang, koma dan telah kembali kerahmatullah. Yang paling aku terkilan aku tak dapat menghantarnya masa dia hendak ke Mekah kerana aku berada di sini dengan kesibukkan rutin aku. Bila dia balik pun aku x menyambutnya. niat aku x per lah nanti balik kampung aku blh jumpa ngan dia. Intan (kakak ipar aku) beberapa kali telepon bagi tau Pak Su kirimkan untuk aku macam2 buah tangan dari sana, aku suruh je dia simpan tunggu nanti aku balik KL. Sama juga dengan kepulangan Pak Su ke penciptaNYA, aku tidak dapat pulang kerana kebetulan aku jugak waktu itu ada ujian di pusat pengajian kat sini. Dua kematian orang yang dekat denganku tanpa aku dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. Al-Fatihah, semoga kalian berdua akan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman, insyallah.